Tuesday, November 17, 2009

Salah Siapa?

Kenapa ramai orang suka simply tuding jari salahkan orang lain bila ada sesuatu masalah? Benda ni dah selalu orang bincangkan. Aku pun sajer je sebenarnya. Nak lepas geram. Geram tengok orang yg sesuka hati salahkan orang lain dan aku malas nak tegur atau layan. Lantak la ko. Hahaha.

Thursday, October 22, 2009

CSKA Moscow 0 - 1 Man Utd

3 straight win for Champion League. Menyamai record Ajax, 14 away game tanpa kalah, hasil daripada gol sumbangan Antonio Valencia. Mamat ni pun dah semakin serasi dengan MU. Last week score masa menang lawan Bolton. Nampaknya, semakin kurang kesan ketiadaan CR dalam game MU. Malah, rasanya MU much better team sekarang nie. Semua pengkritik pun dah tak bersuara. Semua dah takleh nak pertikaikan prestasi semasa MU setakat nie. Kalau performance berterusan, tak mustahil kejuaraan EPL kali ke 4 berturut-turut dan UCL tahun ni dalam genggaman. Tapi macam-macam boleh jadi dalam bolasepak. Dan aku masih setia mengikuti perkembangan team nie.
Sebuah kisah yang diperolehi dari email yang dihantar oleh seorang rakan untuk dikongsi bersama.

SEORANG JURUTERA DI ATAS BUKIT

Untuk pembaca yang sering ingin “mendengar” dentingan gentarasa… ku tinggalkan kalian dengan sebuah tulisan bertajuk: SEORANG JURUTERA DI ATAS BUKIT. Kisah pertarungan antara kebenaran dan kebatilan, bila keikhlasan dicabar oleh kepentingan diri.

Cerita ini sering didengar apabila membicarakan tentang keikhlasan. Ia ditulis oleh Al Ghazali dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin. Seorang lelaki soleh yang mendapat berita tentang sebatang pokok yang menjadi sembahan orang ramai di sebuah kampung. Dengan semangat amar makruf
nahi mungkar, lelaki itu mengambil sebilah kapak dan pergi untuk menebang pokok tersebut.
Di pertengahan jalan dia bertemu dengan syaitan yang menyamar sebagai seorang lelaki. Syaitan menghalangnya dan berlakulah pergelutan. Lelaki soleh itu dengan mudah mengalahkan syaitan. Syaitan tidak puas hati lalu berlakulah pergelutan demi pergelutan yang tetap
dimenangi oleh lelaki soleh itu.

Akhirnya syaitan mengaku kalah dan menukar strategi. Ia membuat satu tawaran kepada lelaki soleh itu. Syaitan bersedia memberikan satu dinar emas pada setiap pagi sekiranya lelaki itu membatalkan niatnya untuk menebang pokok sembahan yang dimaksudkan. Lelaki soleh itu termakan hasutan dan bujukan syaitan lalu pulang kembali ke rumahnya.

Esok pagi, apabila dia bangun dari tidur di dapatinya ada sekeping dinar emas di bawah bantalnya. Benar, syaitan telah menunaikan janjinya. Begitulah keadaannya pada pagi hari kedua. Dinar emas sudah ada di bawah bantalnya seperti hari pertama. Tetapi pada hari ketiga,
dinar emas sudah tidak ada lagi. Ternyata, syaitan mula menipu. Berang dengan perlakuan syaitan, lelaki soleh itu mengambil kapaknya untuk meneruskan niat awalnya untuk menebang pokok sembahan. Di pertengahan jalan, syaitan yang menyamar sebagai seorang lelaki itu
menahannya lagi dan berlakulah pergelutan. Kali ini lelaki soleh itu kalah. Dicubanya sekali lagi, dia tetap kalah. Malah dicubanya berkali-kali, dia tetap kalah.

Ketika lelaki itu bertanya kenapa dia kalah dan kenapakah syaitan sudah jadi semakin gagah? Syaitan menjawab, “engkau kalah kerana kali ini niat mu untuk mencegah kemungkaran bukan lagi kerana Allah, tetapi kerana dinar emas.” Ya, lelaki itu menjadi lemah kerana niatnya tidak
ikhlas. Tahulah kita rupa-rupanya keikhlasan itu adalah satu kekuatan dan kehormatan.

Cerita di atas saya ceritakan kembali kepada anak yang baru bekerja sebagai jurutera di sebuah syarikat pembinaan infrastruktur. Saya bimbang takut-takut dia terjebak dengan rasuah. Dia masih terlalu muda untuk mengenal sepak terajang dunia pekerjaan.

“Itu cerita lama, tapi masih relevan,” nasihat saya.

“Sekarang ni tidak ada lagi syaitan yang menyamar ayah,” balasnya sambil tersenyum.

“Eh, ada… masih ada,” balas saya.

“Betul ke?”

“Betul. Syaitan yang berupa manusia. Kawan ayah pernah terjumpa,” ujar saya.

“Macam mana tu?” tanya anak saya dengan penuh minat.

“Kawan ayah juga seorang jurutera. Ini cerita lama. Berlaku pada peringkat awal sewaktu dia mula masuk bekerja.”

“Macam saya sekarang ni?”

Saya mengangguk. Biar saya ceritakan segala-galanya buat peringatan dan amaran kepadanya.
“Satu hari dia ditugaskan untuk melakukan pengawasan dan membuat laporan tentang pembinaan satu projek pembinaan jalan raya oleh sebuah syarikat yang diamanahkan…” saya memulakan cerita. Ya, saya masih ingat bagaimana kawan saya menceritakan bagaimana hari
itu dia datang bersama seorang lagi kawannya yang juga seorang jurutera. Mereka sama-sama muda. Sama-sama bersemangat baru. Mereka terkejut apabila mahu pulang dari lokasi tersebut, di dalam bakul motosikal (mereka belum mampu membeli kereta) masing-masing ada
satu sampul berisi wang. Bukan sedikit, tetapi banyak. Rupa-rupanya itu “hadiah” daripada syarikat pembinaan berkenaan. Apabila ditanya mengapa dan untuk apa hadiah itu diberikan? Wakil syarikat itu berkata, “you muda lagi. Baru kerja, tentu mahu pakai duit. Ini hadiah perkenalan daripada kami. Kita akan selalu bekerjasama nanti.”

Kedua-duanya pulang ke rumah masing-masing dengan perasan yang pelbagai. Kawan saya sedar bahawa “hadiah” itu hakikatnya rasuah. Walaupun kawan saya itu kesempitan belanja (kebetulan emaknya sakit pada waktu itu), dia tetap tidak sedap hati untuk menerima pemberian itu. Esok pagi sekali lagi dia lokasi pembinaan dan menyerahkan semula
sampul yang berisi wang tersebut.

“Apa you tak mahu pakai wang?”

“Tak apalah.”

“You tak mahu kerjasama?”

“Saya akan beri kerjasama. Tanpa hadiah ini lebih mudah kita kerjasama. You tak segan dengan saya, saya pun tak segan dengan you,” kata kawan saya.

“ Apa kesudahan cerita tu ayah?” tanya anak saya penuh minat. Saya tahu cerita itu sangat rapat dengan situasi semasanya.

“Malangnya, kawannya yang seorang lagi tu menerima hadiah tersebut. Ketika
ditanya mengapa, dia ada rasionalnya sendiri…”

“Apa rasionalnya?”

“Itu bukan rasuah tapi hadiah. Bukan kita minta, orang nak bagi. Nabi pun terima hadiah. Itulah hujah kawannya yang seorang lagi tu.”

“Eh, bagus juga hujahnya ya?” balas anak saya sinis.

“Syaitan memang kreatif. Macam-macam tipu dayanya kepada manusia…”

Anak saya diam.

Saya menambah lagi, “ di satu negara yang pernah ayah pergi dahulu mereka tidak menamakan rasuah, mereka tukar istilah jadi kerjasama. Bukan rasuah, tapi kerjasama. Di satu negara lain pula, rasuah dianggap “skill” dalam perniagaan. Orang sudah tidak memandangnya buruk. Ia
dianggap satu strategi untuk melancarkan urusan!”

“Apa kesudahan cerita kawan ayah tadi?” kata anak saya mengingatkan.

“Dia dihormati, disegani dan kadangkala ditakuti. Ke mana sahaja dia membuat pengawasan, kontraktor-kontrakt or yang diamanahkan akan memberi kerjasama. Sekarang dia jadi Ir dan ketua jurutera!”

“Kawannya yang seorang lagi macam mana?”

“Cerita sedih. Sejak dia menerima rasuah, wakil syarikat yang memberinya dahulu buat tak tahu sahaja. Kehadirannya tidak dipedulikan. Apalagi kata-kata dan tegurannya. Orang tahu dia dah “termakan”. Dia tak lama di syarikat tempat dia bekerja. Khabarnya sering
bertukar-tukar tempat kerja,” jawab saya.

“Dah dapat kaitkan cerita-cerita tu?”

“Cerita yang mana ayah?”

“Cerita ikhlas versi lama dan baru.”

“Rupa-rupanya orang yang ikhlas tu kuat ya ayah…”

“Ya, bukan kuat fizikalnya tetapi kuat hatinya. Tidak makan bujukan. Tahan dengan godaan.”

“Rupa-rupanya taktik dan strategi syaitan amat licik. Hulur dulu, rentap kemudian.”

“Dulu dia pakai dinar emas bawah bantal. Sekarang dia guna sampul surat, kad ATM, belanja perubatan, percutian luar negara, perempuan dan macam-macam lagi.”

“Sekarang saya faham apa di sebalik simbolik syaitan menyamar jadi rupa
manusia,” kata anak saya yakin.

“ Manusia dah jadi syaitan. Pemikiran, tindakan dan percakapannya penuh muslihat.”

“Mereka menghulur untuk lebih banyak menerima. Dia rasuah sedikit, tetapi dia ambil balik banyak. Nanti dia akan tipu ukuran pembinaan, kadar bahan mentah, upah pekerja dan macam-macam…” kata anak saya yang mula menjiwai realiti pekerjaannya.

“Dan kalau orang yang diamanahkan untuk buat pengawasan sudah terjerat mereka akan buat sewenang-wenangnya. Tak kan dia berani membuat laporan yang telus dan jujur. I jaga you, you jaga I. Itulah maksud kerjasama yang dikatakan sejak awal.”

“Baguslah kalau kamu faham. Apa pun ingat, syaitan tak akan mampu melawan orang yang ikhlas.”

“Rupa-rupanya ikhlas itu penting bukan sahaja dalam solat dan puasa…”

“Ikhlas itu teras dan asas dalam semua ibadah. Baik yang berupa fardu Ain, mahu pun yang fardu kifayah. Yang habluminallah, juga habluminanas.”

“Tapi cerita-cerita versi lama sukar nak dikaitkan dengan realiti terkini. Betul ke ayah?”

“Tidak juga, kalau kita jujur dengan sejarah, pasti banyak “ibrah” yang terserlah. Ada cerita yang lebih lama daripada cerita yang dinukilkan oleh imam Ghazali tu. Dia termenung.

“Tahu cerita nabi Nuh AS?”

“Tentang penderhakaan kaumnya? Tentang kesabarannya berdakwah ratusan tahun?”

“Bukan sudut itu. Tapi sudut yang ada kena mengena dengan cerita-cerita kita sebelum ini…”

“Saya tak dapat tangkap maksud ayah,” katanya berterus-terang.

“Cerita kapal nabi Nuh. Baginda hakikatnya jurutera macam kamu juga.”

“Nabi Nuh lebih hebat ayah!” “Nabi dan rasul adalah teladan sepanjang zaman. Mari kita teladani Nuh AS bukan sahaja di sudut ketulusan hatinya dalam berdakwah tapi dalam bidang pekerjaannya juga.”

“Macam mana tu ayah?”

“Nabi Nuh di samping misi utamanya berdakwah, dia juga seorang jurutera dan arkitek yang membina kapal. Hebatkan? Kapal dibina di atas bukit. Kapal yang begitu teguh dan kukuh. Kapal yang tahan menahan gelombang banjir bertaraf “super”. Jutaan kali lebih dahsyat daripada Tsunami yang baru lalu. Bayangkan puncak yang tertinggi di dunia pun tergenggelam. Kalau gunung Everest sudah ada pada waktu itu, Everest pun tenggelam. Banjir seluruh dunia. “
Setelah agak lama kami terdiam (mungkin terbayang betapa hebatnya banjir yang telah melanda dunia era Nabi Nuh itu), saya bertanya, “kamu ada dengar kapal nabi Nuh retak? Kamu ada dengar atapnya bocor?”

“Tidak ayah…”

“Orang sekarang berbeza. Buat lebuh raya retak. Buat stadium runtuh. Buat atap bangunan canggih-canggih tapi bocor.. tidak seperti kapal Nabi Nuh.”

“Kita tidak meneladani Nabi Nuh ayah,” balas anak saya perlahan.

“Mungkin kita kurang kepakaran. Mungkin juga kurang amanah.”

“Atau mungkin kurang kedua-duanya sekali.”

“Ayah mengingatkan sahaja. Bila bekerja ikhlaslah. Insya-Allah, rezeki berkat dan reda Allah pun dapat. Jadilah seperti Nabi Nuh, yang bukan sahaja ada kepakaran tetapi juga ada kejujuran. Dialah jurutera sejati yang tidak termakan pujuk rayu dan ejekan manusia.”

Anak saya termenung panjang. Doa saya, mudah-mudahan dia, jurutera, arkitek dan juru ukur bahan muslim yang lain menjadi pekerja yang ikhlas. Amin.

Saya cuba-cuba mengimbau, bagaimanalah agaknya Nabi Nuh AS menghadapi ejekan kaumnya. Baginda diketawakan. Dinajisi struktur binaan awal kapalnya. Laut dan sungai terlalu jauh, di bina pula kapalnya di atas bukit. Cuaca cerah, belum ada teknologi ramalan berlakunya Tsunami, banjir besar ataupun taufan. Tanpa ganjaran, dia bersendirian. Tanpa menghiraukan itu semua, dia terus bekerja dan bekerja… kerana Allah. Ah, ikhlasnya kau wahai nabiyallah!

Ya Allah...Lindungilah daku dari kejahatan, yang menipuku daripada kemanisan iman...bawalah daku kepada cinta suciMu, berikan daku keredhaan dan SyurgaMu...

SEMOGA ANAK-ANAK AYAH MENJADI INSAN YANG BERGUNA DAN TERPELIHARA DARI SEBARANG TIPU DAYA DAN HELAH IBLIS, AMIN

Tuesday, October 6, 2009

Minyak Oh Minyak....

Email dari sorang rakan yang aku amat menyetujuinya. Dah lama pendam pasal harga minyak nie. Tapi rasanya takleh nak tahan jugak. Terpaksa luagkan jugak.

Ismail Sabri kata harga minyak tak naik. Ianya kekal. Sama ja. Ada minyak harga dua hengget. ada minyak ada sringgit lapan kupang. Sama ja. Tadak beza apa pun. Apa pun tak naik. Semua maintain. Steady. Cuma, katanya, minyak RON97, yang selalu rakyat pakai tu, dia naikkan taraf kepada minyak premium. So, bila dah naik taraf ni, otomatik la harga pun canak naik. RON97 naik dari RM1.80 ke dua ringgit.

Tapi jangan risau, katanya. Sebab rakyat masih boleh isi minyak dengan harga RM1.80 lagi, guna RON95. RON97 dah ‘upgrade’, kalau mau yang ‘tak upgrade’, guna RON95. Harga sama. Warna pun cantik, kuning. La ni petrol pam dah macam lampu trafik light. Ada merah, kuning, ngan hijau. Cantik kan? Cantik kan? Kan? Suke tak? Suke tak? Tutup matee! Tutup matee! Suurrrpriissssseeee!!!

Ada jugak yang kena tendang perut time2 raya ni. Soalan pertama, apakah RON97 yang telah dinaiktaraf menjadi minyak premium itu lebih baik kualitinya sebelum harganya dinaikkan? Adakah minyak ini telah dicampur dengan formula2 hebat yang boleh membantu menambahbaik enjin, samada dari segi ‘ketukan’ ka hapa ka? Adakah dengan menggunakan RON97 yang lebih mahal ini, proton wira 1.3 aku bertambah pikapnya sampai ke tahap aku tak perlu tutup ekon setiap kali meghagaih bukit?

Jawapannya sudah tentu tidak! Dan kalau jawapannya adalah ‘tidak’, jadah hapakah yang kamu naikkan harga minyak yang sama kualitinya ni, tapi tiba2 jadi mahal keesokan harinya? Bukankah itu namanya kamu sengaja menaikkan harga minyak? Bukankah harga minyak sebenarnya telah naik?! Ini macam pi market nak beli ikan temenung, tiba2 tokey cakap sekilo kena tambah lagi dua ringgit. Tanya pasaipa, dia kata ikan temenung dah jadi ikan premium. Tanya dia lagi ikan temenung yang dia jual harini semua masuk univesiti ka? Ada ijazah semua ka? Isi manis lagi ka? Sisik makin kurang ka? Dia kata dak, sama ja. Tanya lagi ikan temenung kurang ka kot tengah laut la ni? Dia kata dak, belunggok huk lagi. Paihtu kenapa naikkan harga ikan temenung? Dia jawab harga tak naik, tapi taraf ikan temenung ni dah naik, jadi premium.

Tapi harga ikan temenung mahai dari kemarin. Kita kata tak puas hati. Dia kata kita bulih beli ikan puyu, ikan puyu harga sama macam ikan temenung kemarin. Tapi ikan puyu bukan ikan temenung! Kita jawab bantah. Tapi ikan jugak! Dia betah. Tapi kita tak bulih makan ikan puyu, nanti naik ruam. Kita bagi sebab. Dia suruh makan ikan temenung. Tapi ikan temenung mahai! Kita jawab. Bukan mahai, itu harga untuk ikan premium! Last2 ada yang kena takek dengan parang tengah2 market tuh. Naik harga cakap la naik harga! Dok pebodo orang pasaipa? Cakap. Harga dah naik. Kalau nak murah, beli yang rendah kualiti. Yang ni dah naik harga. Yang sama. Harga ja beza, lebih mahai. Kan senang?

Soalan kedua. Kenapa naik harga petrol? Mail Sabri dilaporkan dalam tibitiga malam tadi sebagai berkata sebab harga minyak dunia dah naik sampai USD82 setong. Aku tak pernah hisap rokok. Jauh lagi nak hisap dam atau hidu gam. Tapi masa mengaji dulu, ada sekoq dua kawan2 yang dok wat kerja loklaq ni. Jawapan Mail Sabri ingatkan aku kepada sorang kawan yang overdose ganja. Samada dia hidu gam, atau telebih hidu petrol, aku tatau, tapi statistik tahun bila yang dia rujuk kata harga minyak dunia dah naik sampai USD82 setong? Harga minyak dunia tak pernah lepas USD75 selepas merudum jatuh sampai ke USD40 tuhari. Samada dia di bawah pengaruh ganja, ataupun sengaja nak membodohkan rakyat sekali lagi, itu aku serah pada pembaca semua. Tapi mengatakan minyak dunia dah naik ke 82 dolar setong adalah statement yang sangat bengong. Tak masuk akal. Dan hanya boleh dilafazkan oleh orang2 yang hilang akal sahaja!
Jadinya, kalau kenaikan bukan disebabkan oleh kenaikan minyak dunia, jadah hapakah yang dinaikkan jugak harga minyak? Adakah sebab BN dah senak tak tau nak kaut duit tang mana, maka last kopek, pau rakyat sekali lagi?

Soalan terakhir. Adakah kualiti RON95 sama seperti RON97? Jika rendah kualitinya, kenapa harganya sama seperti RON97? Jawapannya jugak adalah tidak. RON95 lebih rendah kualitinya daripada RON97. Dan ada beberapa laporan mengatakan bahawa sesetengah enjin tidak sesuai menggunakan RON95.

Kesimpulannya?
Harga minyak memang dah naik. BN bodohkan rakyat melalui Mail Sabri mengatakan harga tak naik. Rakyat disuruh menggunakan minyak yang rendah kualitinya, tanpa sebarang kebaikan kepada kenderaan, dan disuruh membayar pada harga yang sama! Mail Sabri kata harga minyak kenderaan tidak berubah, cuma ianya telah ditingkatkan kepada premium.

Kerja

Ni pulak nak citer pasal kerja. Ada kerja, ada gaji. Tapi aku pernah merasa, kerja 4 bulan, dapat tak sampai 2 bulan gaji. Bongok tol orang yang suka menganiaya orang mcm nie. Betapa susahnya hidup aku masa tue, Allah jer la yang tau. Nasib baik wife keje, ada gaji. Kalau tidak, nak makan apa pun tak tau. Cuma masa tu rasa tertekan sangat pasal nak raya. Nasib baik persiapan dah dibuat awal. Kurang la sikit beban.

Bayangkan pulak kalau time tu takde saving, perghhhh. Alangkan ada gaji tapi takde saving pun sakit, lagi lak kalau takde gaji then takde saving. Camner? Makan roti lo. Masa tu rasa pressure sangat. Nasib baik geng citra club ramai masa tu yang berkongsi simpati. Ada gak yang offer nak bagi pinjam duit, tapi aku tolak dengan baik. But, I'm really appreciate that. At least, aku rasa masih ada kengkawan yang sudi kongsi susah dengan aku. Rasanya, family aku takde yang tau susahnya aku masa tue. Malas nak cerita dengan diorang.

Now, Hanafi face the same problems. Dipaksa berhenti oleh company dia, dengan cara yang amat lah bodoh. Company write a resign letter onbehalf of staff. Gampang tol perangai. Kalau bagi compensate, lain jugak la citernya. Nilah perangai manusia zaman sekarang. Ramai tol orang yang bodoh dapat jadi pemimpin. Tak kiralah, politik ker, company ker. Sama jer. Sudahnya menyusahkan ramai orang. Tak tau la adik aku ni ada saving ker tak, gaji wife dia besar ker tak, dapat ker tak cari kerja lain dengan cepat. Harap2 masalah dia tak lama. Wish you all the best.

Kalau ikut hati, panjang nak citer. Tapi tiba2 rasa mengantuk pulak. Nak tido sekejap. Sambung lain kali. Adios....

MU 2 - 2 Wigan

Emmmm, game yang membosankan. Bosan pasal player MU main entah apa-apa. Pass bola pun macam orang tak reti main jer. Keeper lak, memang hampeh. Harap2, VDS cepat pulih. Boleh ganti Foster tu yang dapat main pun sebab SAF kesian, konon kalau dia main lebih, ada chance la nak wakil England untuk World Cup next year. Tapi ini bukan eksperimen. Kalau gol bodoh jer yang lepas, susah nak bersaing dengan team lain. Foster kena pertingkat prestasi atau hilang potensi untuk jadi penjaga gawang utama MU. Weekend ni takde game. World cup qualification. Boring la pulak.

Thursday, October 1, 2009

Man Utd 2 - 1 Wolfburg

Kepada semua peminat MU, pastinya semua tengok game malam tadi. Walaupun ketinggalan, MU masih mampu bangkit untuk menewaskan lawan. Buat masa sekarang ni, performance MU semakin bagus. Tak terasa sangat kehilangan Ronaldo dan Tevez sekaligus menutup terus mulut pengkritik yang belum start season, dah menafikan peluang MU untuk mengekalkan kejuaraan. Ek elehhhhh, entah apa-apa la. Sekang, depa semua terpaksa tutup mulut sebab MU masih mengekalkan rentak kemenangan. Go MU go.