Monday, July 20, 2009

Reunion - 8 Jalan Timah 5

Hehehe. Ni baru plan jer. Dicetuskan oleh Puyoh masa jumpa dia itu hari. Nak buat reunion untuk member2 masa study dulu, yang dok menyewa kat rumah no 8, Jalan Timah 5, Taman Seri Putri. Sekang masih lagi dalam proses discussion. Bila nak buat, kat mana, tu semua sedang dibincangkan. Nanti kalau ada update, akan diberitahu kelak. Macam menarik gak kalau menjadi kenyataan. Bukan apa, ramai lagi member yang jarang jumpa sejak habis belajar dulu. Leman, Cium dengan Puyoh tu selalu la jugak jumpa. Shafiq, mamat, panjang dengan Fariz ada la sekali dua jumpa sejak habis belajar. Yang lain-lain tue, entah bila la nak jumpa. Ni pun entah dapat ker tidak kalau nak kumpul semua. Macam mustahil, tapi hopefully dapat.

Wednesday, July 15, 2009

H1N1 kini di UiTM Lendu

Berita yang kurang enak didengar. H1N1 pun sekang dah mula dikesan di UiTM Lendu. Dah la sekang ni selalu gi site. Tapi nak wat camner. Banyakkan tawakal jer la. Kadang2 kita dok risau pasal penyakit itu atau penyakit ini. Tapi kita lupa tentang benda lain yang mungkin lebih bahaya pada diri kita. Hidup ini penuh dengan risiko.

Fokus

Hari ni aku nak bercerita tentang betapa pentingnya fokus. Satu perkara yang dahulunya aku tak berapa nak amik port, tak berapa nak kisah, tak amik pusing langsung, tapi sekarang aku akui, betapa pentingnya fokus dalam melaksanakan sesuatu perkara. Aku mula memikirkan benda ni sejak kebelakangan ni. Kenapa? Sebab ada 2 cerita.

1. Citer ni masa aku kena gi kat course di KL. Balik dari course, kalau nak ikutkan jalan tu memang aku biasa lalu masa study kat UTM dulu. Memang la aku dah lama tak lalu situ, tapi jalan kat situ takde perubahan pun. Tapi disebabkan masa nak melalui jalan di situ, aku tengah bersembang dalam telefon, aku dah tersalah masuk jalan. Tempuh jammed. Perjalanan yang sepatutnya hanya mengambil masa 45 minit, dah jadi hampir 2 jam. Nak salahkan saper? Diri sendiri. Masa tu memang frust giler rasa. Stupid mistake cost me half an hour jammed. Damn.

2. Main bola pulak. Kan sekang ni aku hari-hari main bola. Kecuali hari Rabu sebab ada pasar malam. Memandangkan usia yang semakin meningkat, main pun dah semakin slow. Kadang-kadang, masa tgh main pun boleh berangan nak buat macam masa-masa tengah top perform dulu. So, main pun dah tak fokus. Kadang-kadang hilang bola, kadang-kadang pass pun merapu, kadang-kadang rembat pun entah apa-apa. Nak buat camner, dah la main memang dah kurang byk terrornya, tambah lagi tak fokus. Haru biru la jadinya. Tapi tu la situasinya. Cuma kalau boleh, nak main bola sampai anak2 dah pandai main bola. Jealous jer tengok ada geng2 yang main bola, main dengan anak2 dia sekali. Maknanya, walaupun umur dia dah 45, tapi still steady main bola. Hopefully, one day aku dapat main bola dengan anak2 aku.

Sekian la sahaja celoteh untuk hari ini. Rasa macam takde idea pulak sekang ni. Idea selalu datang masa tgh drive. Tapi bila nak tulis, dah lupa langsung apa yang nak ditulis. Hampeh jer. Tanda-tanda dah tua kot.

Tuesday, July 7, 2009

Pembelian Terbaru....

Ni cerita pasal bola yer. Pasal team kesayangan aku yang dah jual Cristiano Ronaldo ke Real Madrid tu ler. Sebagai pengganti, MU dah beli 3 player. Michael Owen (striker), Gabriel Obertan (winger) dengan Antoio Valencia (Winger). Harap2, dengan pembelian 3 pemain ni, dapat memantapkan jentera serangan MU yang pasti agak goyah dengan ketiadaan Ronaldo dengan Tevez. Tapi dengan barisan pemain yang sedia ada, aku takde la goyah sangat untuk season depan. Once again, football is a team game, not individual game. Ronaldo masa main untuk Portugal pun tak sebagus mana. Walaupun tanpa pemain terbaik dunia, aku yakin MU masih mantap untuk memberikan cabaran kepada pasukan lain dalam EPL.

Citer pasal belian baru MU, Owen player yg selalu cedera. Ramai yang terkejut bila MU menandatangani player nie sebab injury histpry dia memang teruk. Tapi MU dapat player ni free dan dia pun ada track record yang bagus. Mungkin dengan peluang yang diberikan, Owen boleh kembali kepada prestasi dia dulu.

Valencia pulak, sebelum ni main untuk Wigan. Dia ni laju gak larian dia dan selalu mengkucar kacirkan pertahanan lawan. Rasanya, dia boleh isi tempat Ronaldo. Walaupun mungkin tak sehebat Ronaldo, tapi saper tau. Eleh, dulu masa Ferguson sin Ronaldo, sorang pun tak kenal dia. Sekang jer dah jadi terkenal dan terlupa jasa orang yg pernah gilap bakat dia. Biasa la kan.

Citer pasal Gabriel ni pulak, aku tak kenal pun mamat nie. Tapi yang aku tau, dia main untk Bordeux kat liga France sebagai midfielder. Beli pun tak mahal mana, 8 juta pound jer. Harap2, mamat ni macam masa Ferguson beli Evra dengan Vidic dulu. Beli murah, takde saper kenal, tapi sekang jadi tonggak MU kat defend. Good luck for Gabriel.

That's all for now. Kalau ada any news, aku update lagi.

Friday, July 3, 2009

Legaaa.....

Lega ada, geram pun ada. Tender aku postponed. Tutup hari isnin, jumaat ptg, kol 3.45 baru inform. Aku punya la dah menggelabah. Tapi sekang aku boleh main mafia wars dengan aman dan tenteram. Rugi tol la. Sekang ada special loot. Tapi energy dengan stamina takde lak. Hampeh tol. Malam ni main futsal. Minggu ni langsung tak turun padang main bola. So, hari ni kena main sejam non-stop. Adiossss....

Thursday, June 25, 2009

Suami Unggul.....

Salam...

Sebagai lelaki, pernahkah terfikir untuk menjadikan diri sebagai orang
dikagumi?

Bukan saja memiliki perawakan menarik tetapi hadir dalam
satu pakej yang penuh kesempurnaan sehingga menjadi teladan kepada
semua - disayangi isteri, dihormati anak-anak, disanjung keluarga dan
sekali gus berjaya dalam kehidupan dunia akhirat?

Kalaulah anda belum berpunya, pasti ramai yang bakal menjadi
pemujanya. Namun berusahalah menjadi lelaki yang sempurna dan cuba
memenuhi apa yang diinginkan wanita. Jika anda mengidam mendapat
pasangan yang memenuhi segalanya, tidak salah sekiranya mencuba untuk menjadi lelaki yang sesempurna mungkin.

Berikut adalah petua bagaimana hendak memenuhi aspirasi berkenaan dan anda mungkin mampu memenuhinya jika piawaian yang anda ada menepati apa yang dicari golongan hawa..

Pastinya jika ciri itu ada pada diri anda, tentunya anda lelaki paling
bahagia di dunia ini kerana mampu memenuhi kehendak masyarakat, agama dan meletakkan kesempurnaan diri pada tahap yang sewajarnya.

Marilah kita selidiki kalau ciri-ciri atau petua yang dititipkan ini ada pada diri anda atau sememangnya ia sifat semula jadi anda.

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat
dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami
terlupa mengenai hal ini.

2. Jika sudah mendirikan rumah tangga, bersyukur kerana mempunyai
pasangan. Yakinlah isteri anda pasangan terbaik yang Tuhan tentukan
untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami "mithali" menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan isteri anda.

4. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari.
Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit
yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?

5. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami
tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan
turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

6. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan
semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

7. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang
anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok
dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

8. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan
yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan
hubungan suami isteri.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat
menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan
mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa
mandi bersama adalah sunnah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunnah yang dapat
meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan, mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan
ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan
penampilan diri sendiri. Mana adil ?

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah.
Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang
cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan
kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan,
kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia
membentuk keluarga sejahtera.

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara
sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada
orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang
membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami
memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana?

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang
dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka
apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki
suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah
tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri
merajuk bukan sebab ditegur tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila
suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad s.a.w sebagai "role model". Hidupkan amalan sunnah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah
tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain
daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon atau SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga
suami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah
mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga, tidak pernah sengsara
serta berteraskan iman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan
keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut
berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatinan yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami
tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat
tambahan yang patut diberikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar,
waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki
cuba hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang kecewa terhadap
suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk
pembantu rumah.

Utk di kongsikan bersama....

Wednesday, June 24, 2009

Saje jer

Sekang, semua tak sihat kat rumah. Selsema, batuk dengan demam tu dah lama menyerang rumah ni. Lepas sorang, sorang. Sorang baik, sorang lagi kena. Weekend ni ada kenduri kawe Hanafi. Harap2 semuanya sihat sebelum weekend nie.