Tuesday, November 17, 2009

Salah Siapa?

Kenapa ramai orang suka simply tuding jari salahkan orang lain bila ada sesuatu masalah? Benda ni dah selalu orang bincangkan. Aku pun sajer je sebenarnya. Nak lepas geram. Geram tengok orang yg sesuka hati salahkan orang lain dan aku malas nak tegur atau layan. Lantak la ko. Hahaha.

Thursday, October 22, 2009

CSKA Moscow 0 - 1 Man Utd

3 straight win for Champion League. Menyamai record Ajax, 14 away game tanpa kalah, hasil daripada gol sumbangan Antonio Valencia. Mamat ni pun dah semakin serasi dengan MU. Last week score masa menang lawan Bolton. Nampaknya, semakin kurang kesan ketiadaan CR dalam game MU. Malah, rasanya MU much better team sekarang nie. Semua pengkritik pun dah tak bersuara. Semua dah takleh nak pertikaikan prestasi semasa MU setakat nie. Kalau performance berterusan, tak mustahil kejuaraan EPL kali ke 4 berturut-turut dan UCL tahun ni dalam genggaman. Tapi macam-macam boleh jadi dalam bolasepak. Dan aku masih setia mengikuti perkembangan team nie.
Sebuah kisah yang diperolehi dari email yang dihantar oleh seorang rakan untuk dikongsi bersama.

SEORANG JURUTERA DI ATAS BUKIT

Untuk pembaca yang sering ingin “mendengar” dentingan gentarasa… ku tinggalkan kalian dengan sebuah tulisan bertajuk: SEORANG JURUTERA DI ATAS BUKIT. Kisah pertarungan antara kebenaran dan kebatilan, bila keikhlasan dicabar oleh kepentingan diri.

Cerita ini sering didengar apabila membicarakan tentang keikhlasan. Ia ditulis oleh Al Ghazali dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin. Seorang lelaki soleh yang mendapat berita tentang sebatang pokok yang menjadi sembahan orang ramai di sebuah kampung. Dengan semangat amar makruf
nahi mungkar, lelaki itu mengambil sebilah kapak dan pergi untuk menebang pokok tersebut.
Di pertengahan jalan dia bertemu dengan syaitan yang menyamar sebagai seorang lelaki. Syaitan menghalangnya dan berlakulah pergelutan. Lelaki soleh itu dengan mudah mengalahkan syaitan. Syaitan tidak puas hati lalu berlakulah pergelutan demi pergelutan yang tetap
dimenangi oleh lelaki soleh itu.

Akhirnya syaitan mengaku kalah dan menukar strategi. Ia membuat satu tawaran kepada lelaki soleh itu. Syaitan bersedia memberikan satu dinar emas pada setiap pagi sekiranya lelaki itu membatalkan niatnya untuk menebang pokok sembahan yang dimaksudkan. Lelaki soleh itu termakan hasutan dan bujukan syaitan lalu pulang kembali ke rumahnya.

Esok pagi, apabila dia bangun dari tidur di dapatinya ada sekeping dinar emas di bawah bantalnya. Benar, syaitan telah menunaikan janjinya. Begitulah keadaannya pada pagi hari kedua. Dinar emas sudah ada di bawah bantalnya seperti hari pertama. Tetapi pada hari ketiga,
dinar emas sudah tidak ada lagi. Ternyata, syaitan mula menipu. Berang dengan perlakuan syaitan, lelaki soleh itu mengambil kapaknya untuk meneruskan niat awalnya untuk menebang pokok sembahan. Di pertengahan jalan, syaitan yang menyamar sebagai seorang lelaki itu
menahannya lagi dan berlakulah pergelutan. Kali ini lelaki soleh itu kalah. Dicubanya sekali lagi, dia tetap kalah. Malah dicubanya berkali-kali, dia tetap kalah.

Ketika lelaki itu bertanya kenapa dia kalah dan kenapakah syaitan sudah jadi semakin gagah? Syaitan menjawab, “engkau kalah kerana kali ini niat mu untuk mencegah kemungkaran bukan lagi kerana Allah, tetapi kerana dinar emas.” Ya, lelaki itu menjadi lemah kerana niatnya tidak
ikhlas. Tahulah kita rupa-rupanya keikhlasan itu adalah satu kekuatan dan kehormatan.

Cerita di atas saya ceritakan kembali kepada anak yang baru bekerja sebagai jurutera di sebuah syarikat pembinaan infrastruktur. Saya bimbang takut-takut dia terjebak dengan rasuah. Dia masih terlalu muda untuk mengenal sepak terajang dunia pekerjaan.

“Itu cerita lama, tapi masih relevan,” nasihat saya.

“Sekarang ni tidak ada lagi syaitan yang menyamar ayah,” balasnya sambil tersenyum.

“Eh, ada… masih ada,” balas saya.

“Betul ke?”

“Betul. Syaitan yang berupa manusia. Kawan ayah pernah terjumpa,” ujar saya.

“Macam mana tu?” tanya anak saya dengan penuh minat.

“Kawan ayah juga seorang jurutera. Ini cerita lama. Berlaku pada peringkat awal sewaktu dia mula masuk bekerja.”

“Macam saya sekarang ni?”

Saya mengangguk. Biar saya ceritakan segala-galanya buat peringatan dan amaran kepadanya.
“Satu hari dia ditugaskan untuk melakukan pengawasan dan membuat laporan tentang pembinaan satu projek pembinaan jalan raya oleh sebuah syarikat yang diamanahkan…” saya memulakan cerita. Ya, saya masih ingat bagaimana kawan saya menceritakan bagaimana hari
itu dia datang bersama seorang lagi kawannya yang juga seorang jurutera. Mereka sama-sama muda. Sama-sama bersemangat baru. Mereka terkejut apabila mahu pulang dari lokasi tersebut, di dalam bakul motosikal (mereka belum mampu membeli kereta) masing-masing ada
satu sampul berisi wang. Bukan sedikit, tetapi banyak. Rupa-rupanya itu “hadiah” daripada syarikat pembinaan berkenaan. Apabila ditanya mengapa dan untuk apa hadiah itu diberikan? Wakil syarikat itu berkata, “you muda lagi. Baru kerja, tentu mahu pakai duit. Ini hadiah perkenalan daripada kami. Kita akan selalu bekerjasama nanti.”

Kedua-duanya pulang ke rumah masing-masing dengan perasan yang pelbagai. Kawan saya sedar bahawa “hadiah” itu hakikatnya rasuah. Walaupun kawan saya itu kesempitan belanja (kebetulan emaknya sakit pada waktu itu), dia tetap tidak sedap hati untuk menerima pemberian itu. Esok pagi sekali lagi dia lokasi pembinaan dan menyerahkan semula
sampul yang berisi wang tersebut.

“Apa you tak mahu pakai wang?”

“Tak apalah.”

“You tak mahu kerjasama?”

“Saya akan beri kerjasama. Tanpa hadiah ini lebih mudah kita kerjasama. You tak segan dengan saya, saya pun tak segan dengan you,” kata kawan saya.

“ Apa kesudahan cerita tu ayah?” tanya anak saya penuh minat. Saya tahu cerita itu sangat rapat dengan situasi semasanya.

“Malangnya, kawannya yang seorang lagi tu menerima hadiah tersebut. Ketika
ditanya mengapa, dia ada rasionalnya sendiri…”

“Apa rasionalnya?”

“Itu bukan rasuah tapi hadiah. Bukan kita minta, orang nak bagi. Nabi pun terima hadiah. Itulah hujah kawannya yang seorang lagi tu.”

“Eh, bagus juga hujahnya ya?” balas anak saya sinis.

“Syaitan memang kreatif. Macam-macam tipu dayanya kepada manusia…”

Anak saya diam.

Saya menambah lagi, “ di satu negara yang pernah ayah pergi dahulu mereka tidak menamakan rasuah, mereka tukar istilah jadi kerjasama. Bukan rasuah, tapi kerjasama. Di satu negara lain pula, rasuah dianggap “skill” dalam perniagaan. Orang sudah tidak memandangnya buruk. Ia
dianggap satu strategi untuk melancarkan urusan!”

“Apa kesudahan cerita kawan ayah tadi?” kata anak saya mengingatkan.

“Dia dihormati, disegani dan kadangkala ditakuti. Ke mana sahaja dia membuat pengawasan, kontraktor-kontrakt or yang diamanahkan akan memberi kerjasama. Sekarang dia jadi Ir dan ketua jurutera!”

“Kawannya yang seorang lagi macam mana?”

“Cerita sedih. Sejak dia menerima rasuah, wakil syarikat yang memberinya dahulu buat tak tahu sahaja. Kehadirannya tidak dipedulikan. Apalagi kata-kata dan tegurannya. Orang tahu dia dah “termakan”. Dia tak lama di syarikat tempat dia bekerja. Khabarnya sering
bertukar-tukar tempat kerja,” jawab saya.

“Dah dapat kaitkan cerita-cerita tu?”

“Cerita yang mana ayah?”

“Cerita ikhlas versi lama dan baru.”

“Rupa-rupanya orang yang ikhlas tu kuat ya ayah…”

“Ya, bukan kuat fizikalnya tetapi kuat hatinya. Tidak makan bujukan. Tahan dengan godaan.”

“Rupa-rupanya taktik dan strategi syaitan amat licik. Hulur dulu, rentap kemudian.”

“Dulu dia pakai dinar emas bawah bantal. Sekarang dia guna sampul surat, kad ATM, belanja perubatan, percutian luar negara, perempuan dan macam-macam lagi.”

“Sekarang saya faham apa di sebalik simbolik syaitan menyamar jadi rupa
manusia,” kata anak saya yakin.

“ Manusia dah jadi syaitan. Pemikiran, tindakan dan percakapannya penuh muslihat.”

“Mereka menghulur untuk lebih banyak menerima. Dia rasuah sedikit, tetapi dia ambil balik banyak. Nanti dia akan tipu ukuran pembinaan, kadar bahan mentah, upah pekerja dan macam-macam…” kata anak saya yang mula menjiwai realiti pekerjaannya.

“Dan kalau orang yang diamanahkan untuk buat pengawasan sudah terjerat mereka akan buat sewenang-wenangnya. Tak kan dia berani membuat laporan yang telus dan jujur. I jaga you, you jaga I. Itulah maksud kerjasama yang dikatakan sejak awal.”

“Baguslah kalau kamu faham. Apa pun ingat, syaitan tak akan mampu melawan orang yang ikhlas.”

“Rupa-rupanya ikhlas itu penting bukan sahaja dalam solat dan puasa…”

“Ikhlas itu teras dan asas dalam semua ibadah. Baik yang berupa fardu Ain, mahu pun yang fardu kifayah. Yang habluminallah, juga habluminanas.”

“Tapi cerita-cerita versi lama sukar nak dikaitkan dengan realiti terkini. Betul ke ayah?”

“Tidak juga, kalau kita jujur dengan sejarah, pasti banyak “ibrah” yang terserlah. Ada cerita yang lebih lama daripada cerita yang dinukilkan oleh imam Ghazali tu. Dia termenung.

“Tahu cerita nabi Nuh AS?”

“Tentang penderhakaan kaumnya? Tentang kesabarannya berdakwah ratusan tahun?”

“Bukan sudut itu. Tapi sudut yang ada kena mengena dengan cerita-cerita kita sebelum ini…”

“Saya tak dapat tangkap maksud ayah,” katanya berterus-terang.

“Cerita kapal nabi Nuh. Baginda hakikatnya jurutera macam kamu juga.”

“Nabi Nuh lebih hebat ayah!” “Nabi dan rasul adalah teladan sepanjang zaman. Mari kita teladani Nuh AS bukan sahaja di sudut ketulusan hatinya dalam berdakwah tapi dalam bidang pekerjaannya juga.”

“Macam mana tu ayah?”

“Nabi Nuh di samping misi utamanya berdakwah, dia juga seorang jurutera dan arkitek yang membina kapal. Hebatkan? Kapal dibina di atas bukit. Kapal yang begitu teguh dan kukuh. Kapal yang tahan menahan gelombang banjir bertaraf “super”. Jutaan kali lebih dahsyat daripada Tsunami yang baru lalu. Bayangkan puncak yang tertinggi di dunia pun tergenggelam. Kalau gunung Everest sudah ada pada waktu itu, Everest pun tenggelam. Banjir seluruh dunia. “
Setelah agak lama kami terdiam (mungkin terbayang betapa hebatnya banjir yang telah melanda dunia era Nabi Nuh itu), saya bertanya, “kamu ada dengar kapal nabi Nuh retak? Kamu ada dengar atapnya bocor?”

“Tidak ayah…”

“Orang sekarang berbeza. Buat lebuh raya retak. Buat stadium runtuh. Buat atap bangunan canggih-canggih tapi bocor.. tidak seperti kapal Nabi Nuh.”

“Kita tidak meneladani Nabi Nuh ayah,” balas anak saya perlahan.

“Mungkin kita kurang kepakaran. Mungkin juga kurang amanah.”

“Atau mungkin kurang kedua-duanya sekali.”

“Ayah mengingatkan sahaja. Bila bekerja ikhlaslah. Insya-Allah, rezeki berkat dan reda Allah pun dapat. Jadilah seperti Nabi Nuh, yang bukan sahaja ada kepakaran tetapi juga ada kejujuran. Dialah jurutera sejati yang tidak termakan pujuk rayu dan ejekan manusia.”

Anak saya termenung panjang. Doa saya, mudah-mudahan dia, jurutera, arkitek dan juru ukur bahan muslim yang lain menjadi pekerja yang ikhlas. Amin.

Saya cuba-cuba mengimbau, bagaimanalah agaknya Nabi Nuh AS menghadapi ejekan kaumnya. Baginda diketawakan. Dinajisi struktur binaan awal kapalnya. Laut dan sungai terlalu jauh, di bina pula kapalnya di atas bukit. Cuaca cerah, belum ada teknologi ramalan berlakunya Tsunami, banjir besar ataupun taufan. Tanpa ganjaran, dia bersendirian. Tanpa menghiraukan itu semua, dia terus bekerja dan bekerja… kerana Allah. Ah, ikhlasnya kau wahai nabiyallah!

Ya Allah...Lindungilah daku dari kejahatan, yang menipuku daripada kemanisan iman...bawalah daku kepada cinta suciMu, berikan daku keredhaan dan SyurgaMu...

SEMOGA ANAK-ANAK AYAH MENJADI INSAN YANG BERGUNA DAN TERPELIHARA DARI SEBARANG TIPU DAYA DAN HELAH IBLIS, AMIN

Tuesday, October 6, 2009

Minyak Oh Minyak....

Email dari sorang rakan yang aku amat menyetujuinya. Dah lama pendam pasal harga minyak nie. Tapi rasanya takleh nak tahan jugak. Terpaksa luagkan jugak.

Ismail Sabri kata harga minyak tak naik. Ianya kekal. Sama ja. Ada minyak harga dua hengget. ada minyak ada sringgit lapan kupang. Sama ja. Tadak beza apa pun. Apa pun tak naik. Semua maintain. Steady. Cuma, katanya, minyak RON97, yang selalu rakyat pakai tu, dia naikkan taraf kepada minyak premium. So, bila dah naik taraf ni, otomatik la harga pun canak naik. RON97 naik dari RM1.80 ke dua ringgit.

Tapi jangan risau, katanya. Sebab rakyat masih boleh isi minyak dengan harga RM1.80 lagi, guna RON95. RON97 dah ‘upgrade’, kalau mau yang ‘tak upgrade’, guna RON95. Harga sama. Warna pun cantik, kuning. La ni petrol pam dah macam lampu trafik light. Ada merah, kuning, ngan hijau. Cantik kan? Cantik kan? Kan? Suke tak? Suke tak? Tutup matee! Tutup matee! Suurrrpriissssseeee!!!

Ada jugak yang kena tendang perut time2 raya ni. Soalan pertama, apakah RON97 yang telah dinaiktaraf menjadi minyak premium itu lebih baik kualitinya sebelum harganya dinaikkan? Adakah minyak ini telah dicampur dengan formula2 hebat yang boleh membantu menambahbaik enjin, samada dari segi ‘ketukan’ ka hapa ka? Adakah dengan menggunakan RON97 yang lebih mahal ini, proton wira 1.3 aku bertambah pikapnya sampai ke tahap aku tak perlu tutup ekon setiap kali meghagaih bukit?

Jawapannya sudah tentu tidak! Dan kalau jawapannya adalah ‘tidak’, jadah hapakah yang kamu naikkan harga minyak yang sama kualitinya ni, tapi tiba2 jadi mahal keesokan harinya? Bukankah itu namanya kamu sengaja menaikkan harga minyak? Bukankah harga minyak sebenarnya telah naik?! Ini macam pi market nak beli ikan temenung, tiba2 tokey cakap sekilo kena tambah lagi dua ringgit. Tanya pasaipa, dia kata ikan temenung dah jadi ikan premium. Tanya dia lagi ikan temenung yang dia jual harini semua masuk univesiti ka? Ada ijazah semua ka? Isi manis lagi ka? Sisik makin kurang ka? Dia kata dak, sama ja. Tanya lagi ikan temenung kurang ka kot tengah laut la ni? Dia kata dak, belunggok huk lagi. Paihtu kenapa naikkan harga ikan temenung? Dia jawab harga tak naik, tapi taraf ikan temenung ni dah naik, jadi premium.

Tapi harga ikan temenung mahai dari kemarin. Kita kata tak puas hati. Dia kata kita bulih beli ikan puyu, ikan puyu harga sama macam ikan temenung kemarin. Tapi ikan puyu bukan ikan temenung! Kita jawab bantah. Tapi ikan jugak! Dia betah. Tapi kita tak bulih makan ikan puyu, nanti naik ruam. Kita bagi sebab. Dia suruh makan ikan temenung. Tapi ikan temenung mahai! Kita jawab. Bukan mahai, itu harga untuk ikan premium! Last2 ada yang kena takek dengan parang tengah2 market tuh. Naik harga cakap la naik harga! Dok pebodo orang pasaipa? Cakap. Harga dah naik. Kalau nak murah, beli yang rendah kualiti. Yang ni dah naik harga. Yang sama. Harga ja beza, lebih mahai. Kan senang?

Soalan kedua. Kenapa naik harga petrol? Mail Sabri dilaporkan dalam tibitiga malam tadi sebagai berkata sebab harga minyak dunia dah naik sampai USD82 setong. Aku tak pernah hisap rokok. Jauh lagi nak hisap dam atau hidu gam. Tapi masa mengaji dulu, ada sekoq dua kawan2 yang dok wat kerja loklaq ni. Jawapan Mail Sabri ingatkan aku kepada sorang kawan yang overdose ganja. Samada dia hidu gam, atau telebih hidu petrol, aku tatau, tapi statistik tahun bila yang dia rujuk kata harga minyak dunia dah naik sampai USD82 setong? Harga minyak dunia tak pernah lepas USD75 selepas merudum jatuh sampai ke USD40 tuhari. Samada dia di bawah pengaruh ganja, ataupun sengaja nak membodohkan rakyat sekali lagi, itu aku serah pada pembaca semua. Tapi mengatakan minyak dunia dah naik ke 82 dolar setong adalah statement yang sangat bengong. Tak masuk akal. Dan hanya boleh dilafazkan oleh orang2 yang hilang akal sahaja!
Jadinya, kalau kenaikan bukan disebabkan oleh kenaikan minyak dunia, jadah hapakah yang dinaikkan jugak harga minyak? Adakah sebab BN dah senak tak tau nak kaut duit tang mana, maka last kopek, pau rakyat sekali lagi?

Soalan terakhir. Adakah kualiti RON95 sama seperti RON97? Jika rendah kualitinya, kenapa harganya sama seperti RON97? Jawapannya jugak adalah tidak. RON95 lebih rendah kualitinya daripada RON97. Dan ada beberapa laporan mengatakan bahawa sesetengah enjin tidak sesuai menggunakan RON95.

Kesimpulannya?
Harga minyak memang dah naik. BN bodohkan rakyat melalui Mail Sabri mengatakan harga tak naik. Rakyat disuruh menggunakan minyak yang rendah kualitinya, tanpa sebarang kebaikan kepada kenderaan, dan disuruh membayar pada harga yang sama! Mail Sabri kata harga minyak kenderaan tidak berubah, cuma ianya telah ditingkatkan kepada premium.

Kerja

Ni pulak nak citer pasal kerja. Ada kerja, ada gaji. Tapi aku pernah merasa, kerja 4 bulan, dapat tak sampai 2 bulan gaji. Bongok tol orang yang suka menganiaya orang mcm nie. Betapa susahnya hidup aku masa tue, Allah jer la yang tau. Nasib baik wife keje, ada gaji. Kalau tidak, nak makan apa pun tak tau. Cuma masa tu rasa tertekan sangat pasal nak raya. Nasib baik persiapan dah dibuat awal. Kurang la sikit beban.

Bayangkan pulak kalau time tu takde saving, perghhhh. Alangkan ada gaji tapi takde saving pun sakit, lagi lak kalau takde gaji then takde saving. Camner? Makan roti lo. Masa tu rasa pressure sangat. Nasib baik geng citra club ramai masa tu yang berkongsi simpati. Ada gak yang offer nak bagi pinjam duit, tapi aku tolak dengan baik. But, I'm really appreciate that. At least, aku rasa masih ada kengkawan yang sudi kongsi susah dengan aku. Rasanya, family aku takde yang tau susahnya aku masa tue. Malas nak cerita dengan diorang.

Now, Hanafi face the same problems. Dipaksa berhenti oleh company dia, dengan cara yang amat lah bodoh. Company write a resign letter onbehalf of staff. Gampang tol perangai. Kalau bagi compensate, lain jugak la citernya. Nilah perangai manusia zaman sekarang. Ramai tol orang yang bodoh dapat jadi pemimpin. Tak kiralah, politik ker, company ker. Sama jer. Sudahnya menyusahkan ramai orang. Tak tau la adik aku ni ada saving ker tak, gaji wife dia besar ker tak, dapat ker tak cari kerja lain dengan cepat. Harap2 masalah dia tak lama. Wish you all the best.

Kalau ikut hati, panjang nak citer. Tapi tiba2 rasa mengantuk pulak. Nak tido sekejap. Sambung lain kali. Adios....

MU 2 - 2 Wigan

Emmmm, game yang membosankan. Bosan pasal player MU main entah apa-apa. Pass bola pun macam orang tak reti main jer. Keeper lak, memang hampeh. Harap2, VDS cepat pulih. Boleh ganti Foster tu yang dapat main pun sebab SAF kesian, konon kalau dia main lebih, ada chance la nak wakil England untuk World Cup next year. Tapi ini bukan eksperimen. Kalau gol bodoh jer yang lepas, susah nak bersaing dengan team lain. Foster kena pertingkat prestasi atau hilang potensi untuk jadi penjaga gawang utama MU. Weekend ni takde game. World cup qualification. Boring la pulak.

Thursday, October 1, 2009

Man Utd 2 - 1 Wolfburg

Kepada semua peminat MU, pastinya semua tengok game malam tadi. Walaupun ketinggalan, MU masih mampu bangkit untuk menewaskan lawan. Buat masa sekarang ni, performance MU semakin bagus. Tak terasa sangat kehilangan Ronaldo dan Tevez sekaligus menutup terus mulut pengkritik yang belum start season, dah menafikan peluang MU untuk mengekalkan kejuaraan. Ek elehhhhh, entah apa-apa la. Sekang, depa semua terpaksa tutup mulut sebab MU masih mengekalkan rentak kemenangan. Go MU go.

Back On Demand....

Salam semua. Setelah sekian lama berehat, akhirnya aku kembali. Mewarnai dunia blog yang sebenarnya kalau aku takde pun takde effect apa-apa pun. Tapi pasal ada beberapa permintaan, terpaksa la aku menulis jugak. Tapi banyak benda yang dah lepas. So, aku malas nak menulis. Start from today onwards. Tunggu jer la. Ni kira macam intro masa mula2 ada blog dulu. Hahahaha...

Friday, July 24, 2009

End of The Road

Hari ni aku rasa seperti coretan ini adalah merupakan coretan yang terakhir bagi aku kat blog ini. Entah la. Takde mood? Banyak sangat rasa perkara yang menyesakkan benak aku. Bosan? Mungkin yer. Ketandusan idea? mungkin juga. Sucks.

Monday, July 20, 2009

Reunion - 8 Jalan Timah 5

Hehehe. Ni baru plan jer. Dicetuskan oleh Puyoh masa jumpa dia itu hari. Nak buat reunion untuk member2 masa study dulu, yang dok menyewa kat rumah no 8, Jalan Timah 5, Taman Seri Putri. Sekang masih lagi dalam proses discussion. Bila nak buat, kat mana, tu semua sedang dibincangkan. Nanti kalau ada update, akan diberitahu kelak. Macam menarik gak kalau menjadi kenyataan. Bukan apa, ramai lagi member yang jarang jumpa sejak habis belajar dulu. Leman, Cium dengan Puyoh tu selalu la jugak jumpa. Shafiq, mamat, panjang dengan Fariz ada la sekali dua jumpa sejak habis belajar. Yang lain-lain tue, entah bila la nak jumpa. Ni pun entah dapat ker tidak kalau nak kumpul semua. Macam mustahil, tapi hopefully dapat.

Wednesday, July 15, 2009

H1N1 kini di UiTM Lendu

Berita yang kurang enak didengar. H1N1 pun sekang dah mula dikesan di UiTM Lendu. Dah la sekang ni selalu gi site. Tapi nak wat camner. Banyakkan tawakal jer la. Kadang2 kita dok risau pasal penyakit itu atau penyakit ini. Tapi kita lupa tentang benda lain yang mungkin lebih bahaya pada diri kita. Hidup ini penuh dengan risiko.

Fokus

Hari ni aku nak bercerita tentang betapa pentingnya fokus. Satu perkara yang dahulunya aku tak berapa nak amik port, tak berapa nak kisah, tak amik pusing langsung, tapi sekarang aku akui, betapa pentingnya fokus dalam melaksanakan sesuatu perkara. Aku mula memikirkan benda ni sejak kebelakangan ni. Kenapa? Sebab ada 2 cerita.

1. Citer ni masa aku kena gi kat course di KL. Balik dari course, kalau nak ikutkan jalan tu memang aku biasa lalu masa study kat UTM dulu. Memang la aku dah lama tak lalu situ, tapi jalan kat situ takde perubahan pun. Tapi disebabkan masa nak melalui jalan di situ, aku tengah bersembang dalam telefon, aku dah tersalah masuk jalan. Tempuh jammed. Perjalanan yang sepatutnya hanya mengambil masa 45 minit, dah jadi hampir 2 jam. Nak salahkan saper? Diri sendiri. Masa tu memang frust giler rasa. Stupid mistake cost me half an hour jammed. Damn.

2. Main bola pulak. Kan sekang ni aku hari-hari main bola. Kecuali hari Rabu sebab ada pasar malam. Memandangkan usia yang semakin meningkat, main pun dah semakin slow. Kadang-kadang, masa tgh main pun boleh berangan nak buat macam masa-masa tengah top perform dulu. So, main pun dah tak fokus. Kadang-kadang hilang bola, kadang-kadang pass pun merapu, kadang-kadang rembat pun entah apa-apa. Nak buat camner, dah la main memang dah kurang byk terrornya, tambah lagi tak fokus. Haru biru la jadinya. Tapi tu la situasinya. Cuma kalau boleh, nak main bola sampai anak2 dah pandai main bola. Jealous jer tengok ada geng2 yang main bola, main dengan anak2 dia sekali. Maknanya, walaupun umur dia dah 45, tapi still steady main bola. Hopefully, one day aku dapat main bola dengan anak2 aku.

Sekian la sahaja celoteh untuk hari ini. Rasa macam takde idea pulak sekang ni. Idea selalu datang masa tgh drive. Tapi bila nak tulis, dah lupa langsung apa yang nak ditulis. Hampeh jer. Tanda-tanda dah tua kot.

Tuesday, July 7, 2009

Pembelian Terbaru....

Ni cerita pasal bola yer. Pasal team kesayangan aku yang dah jual Cristiano Ronaldo ke Real Madrid tu ler. Sebagai pengganti, MU dah beli 3 player. Michael Owen (striker), Gabriel Obertan (winger) dengan Antoio Valencia (Winger). Harap2, dengan pembelian 3 pemain ni, dapat memantapkan jentera serangan MU yang pasti agak goyah dengan ketiadaan Ronaldo dengan Tevez. Tapi dengan barisan pemain yang sedia ada, aku takde la goyah sangat untuk season depan. Once again, football is a team game, not individual game. Ronaldo masa main untuk Portugal pun tak sebagus mana. Walaupun tanpa pemain terbaik dunia, aku yakin MU masih mantap untuk memberikan cabaran kepada pasukan lain dalam EPL.

Citer pasal belian baru MU, Owen player yg selalu cedera. Ramai yang terkejut bila MU menandatangani player nie sebab injury histpry dia memang teruk. Tapi MU dapat player ni free dan dia pun ada track record yang bagus. Mungkin dengan peluang yang diberikan, Owen boleh kembali kepada prestasi dia dulu.

Valencia pulak, sebelum ni main untuk Wigan. Dia ni laju gak larian dia dan selalu mengkucar kacirkan pertahanan lawan. Rasanya, dia boleh isi tempat Ronaldo. Walaupun mungkin tak sehebat Ronaldo, tapi saper tau. Eleh, dulu masa Ferguson sin Ronaldo, sorang pun tak kenal dia. Sekang jer dah jadi terkenal dan terlupa jasa orang yg pernah gilap bakat dia. Biasa la kan.

Citer pasal Gabriel ni pulak, aku tak kenal pun mamat nie. Tapi yang aku tau, dia main untk Bordeux kat liga France sebagai midfielder. Beli pun tak mahal mana, 8 juta pound jer. Harap2, mamat ni macam masa Ferguson beli Evra dengan Vidic dulu. Beli murah, takde saper kenal, tapi sekang jadi tonggak MU kat defend. Good luck for Gabriel.

That's all for now. Kalau ada any news, aku update lagi.

Friday, July 3, 2009

Legaaa.....

Lega ada, geram pun ada. Tender aku postponed. Tutup hari isnin, jumaat ptg, kol 3.45 baru inform. Aku punya la dah menggelabah. Tapi sekang aku boleh main mafia wars dengan aman dan tenteram. Rugi tol la. Sekang ada special loot. Tapi energy dengan stamina takde lak. Hampeh tol. Malam ni main futsal. Minggu ni langsung tak turun padang main bola. So, hari ni kena main sejam non-stop. Adiossss....

Thursday, June 25, 2009

Suami Unggul.....

Salam...

Sebagai lelaki, pernahkah terfikir untuk menjadikan diri sebagai orang
dikagumi?

Bukan saja memiliki perawakan menarik tetapi hadir dalam
satu pakej yang penuh kesempurnaan sehingga menjadi teladan kepada
semua - disayangi isteri, dihormati anak-anak, disanjung keluarga dan
sekali gus berjaya dalam kehidupan dunia akhirat?

Kalaulah anda belum berpunya, pasti ramai yang bakal menjadi
pemujanya. Namun berusahalah menjadi lelaki yang sempurna dan cuba
memenuhi apa yang diinginkan wanita. Jika anda mengidam mendapat
pasangan yang memenuhi segalanya, tidak salah sekiranya mencuba untuk menjadi lelaki yang sesempurna mungkin.

Berikut adalah petua bagaimana hendak memenuhi aspirasi berkenaan dan anda mungkin mampu memenuhinya jika piawaian yang anda ada menepati apa yang dicari golongan hawa..

Pastinya jika ciri itu ada pada diri anda, tentunya anda lelaki paling
bahagia di dunia ini kerana mampu memenuhi kehendak masyarakat, agama dan meletakkan kesempurnaan diri pada tahap yang sewajarnya.

Marilah kita selidiki kalau ciri-ciri atau petua yang dititipkan ini ada pada diri anda atau sememangnya ia sifat semula jadi anda.

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat
dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami
terlupa mengenai hal ini.

2. Jika sudah mendirikan rumah tangga, bersyukur kerana mempunyai
pasangan. Yakinlah isteri anda pasangan terbaik yang Tuhan tentukan
untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami "mithali" menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan isteri anda.

4. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari.
Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit
yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?

5. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami
tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan
turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

6. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan
semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

7. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang
anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok
dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

8. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan
yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan
hubungan suami isteri.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat
menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan
mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa
mandi bersama adalah sunnah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunnah yang dapat
meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan, mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan
ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan
penampilan diri sendiri. Mana adil ?

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah.
Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang
cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan
kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan,
kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia
membentuk keluarga sejahtera.

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara
sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada
orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang
membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami
memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana?

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang
dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka
apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki
suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah
tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri
merajuk bukan sebab ditegur tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila
suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad s.a.w sebagai "role model". Hidupkan amalan sunnah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah
tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain
daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon atau SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga
suami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah
mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga, tidak pernah sengsara
serta berteraskan iman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan
keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut
berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatinan yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami
tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat
tambahan yang patut diberikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar,
waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki
cuba hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang kecewa terhadap
suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk
pembantu rumah.

Utk di kongsikan bersama....

Wednesday, June 24, 2009

Saje jer

Sekang, semua tak sihat kat rumah. Selsema, batuk dengan demam tu dah lama menyerang rumah ni. Lepas sorang, sorang. Sorang baik, sorang lagi kena. Weekend ni ada kenduri kawe Hanafi. Harap2 semuanya sihat sebelum weekend nie.

Monday, June 22, 2009

Selamat Hari Bapa...

Sejujurnya la kan, aku pun tak tau bila Hari Bapa nie. Ni la masalah aku, kurang peka. Selalu buat pekak jer. Tapi bila dengar radio, orang dok sibuk citer pasal hari bapa. Macam-macam la cerita yang keluar pasal diorang dengan bapa diorang. So, bila aku dengar celoteh diorang tue, mengingatkan aku pada cerita aku dengan ayah. Takde la menarik sangat, tapi perangai aku masa tu bagi aku agak keterlaluan. Maklumlah, masa tu pun baru umur baper. 9 or 10 tahun kot.

Alkisahnya, aku ni kan suka sangat main bola. Tak kira masa, tempat, iklim, suhu, semua aku belasah jer main bola kalau aku jumpa bola, dan ada geng nak main bola. Bila masuk dah 4, aku dah sibuk nak main bola wakil sekolah. Cikgu dah cakap, tak boleh. Darjah 5 baru boleh. Aku nak jugak. Balik tu, siap suruh lagi ayah belikan kasut boot untuk main bola. Ayah pun cakap, nanti dulu. Aku pun ok jer la.

Weekend tu, ayah pun ajak la aku gi beli kasut boot. Aku punya la seronok. Excited giler rasanya. Bawaklah ayah gi kedai kasut tempat kitaorang selalu beli kasut sekolah. Tanya kasut boot bola, takde. Gi kedai lain, ada boot, tapi yang getah. Aku taknak. Aku nak kasut boot yang mahal. Ikutlah ayah dengan kerenah aku. Pusing lagi kat Segamat naik motor cari kedai kasut yang ada jual kasut boot. Banyak kedai dah pergi, takde jugak boot yang aku kenan. Yang ada hanyalah kasut boot getah yang berharga RM12 yang aku tak kenan.

Ayah dah penat. Ajak balik. Aku dah bengang sebab boot bola takde. Aku pun tak tau naper aku marah. BOOT BOLA TAKDE, BUKAN AYAH TAKNAK BELI. Balik tu aku merajuk. Aku siap conteng lagi kat white board, citer pasal aku tak dapat beli boot. Ayah macam biasa la, buat dek jer. Aku pulak, makin lama aku semakin dapat terima hakikat. Boot mahal utk saiz budak2 takde lagi masa tu. Bukan macam sekarang. Saiz Aliff pun melambak.

Finally, aku pasrah. Aku ajak gak ayah gi beli boot. Boot getah pun boot getah la yah. Janji boleh buat main bola. Ikut la lagi ayah dengan kemahuan aku. Akhirnya, aku berjaya gak beli boot baru. Darjah 4 takleh main wakil sekolah. Darjah 5, aku terpilih wakil sekolah Kg Jawa sampai darjah 6. Sejak tu, aku tak pernah missed wakil sekolah kalau ada main bola.

To my lovely dad, Ismail Bin Werdani. Terima kasih atas segala pengorbanan, kasih sayang, wang ringgit serta segalanya yang telah dicurahkan untuk mendidik dan membesarkan kami sepertimana kami ada pada hari ini. We will never forget. I'm really proud to be your son. Every where I go, I'm proud to be known as anak Cikgu Mail. Nak buat salah pun takut. Semua orang kenal. Sampai sekang pun, kalau balik lewat, ayah selalunya ada menyambut kepulangan kami semua. Kadang-kadang, kol 1 pun ayah masih bangun untuk menyambut kami balik. Thanks Ayah.

H1N1

Emmm, sekang tengah dok kecoh pasal penyakit selsema babi aka influenza A aka H1N1. Hampir setiap hari, berita ada jer kuar pasal penyakit nie. Kat negara kita pun dah ramai yang kena. Kalau sebelum ni semuanya adalah pelancong asing, tapi sekang dah ada pesakit yang terdiri daripada rakyat tempatan. Penyakit ni amat mudah merebak.

Berbalik pada rakyat tempatan yang terkena H1N1 ni, aku rasa frust sangat. Puncanya, mangsa ni baru balik daripada makan angin kat Australia sana, yang kesnya dah mencecah ribuan kes. Nak cakap bodoh ker apa yer? Dah kaya sangat kot. Gi holiday kat sana. Kalau kena penyakit tu pun, keluarga mampu tanggung kalau masuk hospital. Boleh hantar kat tempat yang mahal sebab mampu sangat. Tapi camner dengan orang lain?

Sekolah kena tutup seminggu, kuarantin. Kawan-kawan sekelas kena kuarantin selama seminggu kat rumah. Tak boleh gi mana-mana. Kan dah menyusahkan orang lain. Kalau rasa duit tu banyak sangat, buat la benda lain. Aku tak faham la dengan sikap or pemikiran orang seperti ini. Memang la penyakit tu boleh kena kalau kita dah ditakdirkan akan kena. Tapi kalau boleh dielakkan, elakkan la. Mencegah itu lebih bagus dari merawat. Sakit hati aku bila dengar berita ni kelmarin. Huhhhh....

Tuesday, June 16, 2009

McDonalds

Aku rasa, minggu ni dah minggu kedua berturut-turut hampir setiap hari aku makan Mcd. Sejak kedai bawah ni tutup, malas tol rasa nak kuar makan. So, McDelivery jer la yang paling senang. Padahal, kalau gi makan, bukan jauh pun. Dulu, masa kedai bawah ni bukak, mengeluh harga mahal. Sekang, lunch lagi mahal. Aduyai....

Friday, June 12, 2009

Akhirnya Ronaldo Ke Real Madrid

Selepas hampir 2 tahun RM memburu CR dari MU, akhirnya MU menerima tawaran RM untuk membeli CR dengan harga 80 juta pound yang juga merupakan rekod perpindahan termahal dalam sejarah pembelian pemain bolasepak. Daripada seorang pemain yang langsung tidak dikenali, SAF berjaya mengasah bakat yang ada pada CR untuk menjadikannya sebagai pemain bintang.

Malangnya, CR tidak mengenang budi SAF apabila membuat permohonan untuk berpindah ke RM sejak last season. Bagi aku, aku gembira dengan berita ni sebab aku dah lama bosan membaca pasal CR ke RM dalam paper hampir saban hari. Lagak pun dah macam diva.

Ramai kengkawan yang menyokong pasukan lain seronok dengan berita nie. Semua membunga harapan yang season depan ada chance la team depa nak menang piala. Tapi seperti sebelum-sebelum nie, setiap star yang pergi tidak memberikan kesan yang besar pada MU. Ada jer player lain yang bakal menonjol. Tapi next season, kita tak tau saper. Mungkin Macheda, Wellbeck, Nani, Anderson, Rooney or saper-saper jer. Harap2 MU mampu memberikan saingan yang hebat untuk next season.

To CR, thanks for your contribution during your spell for 6 years at MU. We wish you all the best at new club with new challenge.