Tuesday, November 17, 2009

Salah Siapa?

Kenapa ramai orang suka simply tuding jari salahkan orang lain bila ada sesuatu masalah? Benda ni dah selalu orang bincangkan. Aku pun sajer je sebenarnya. Nak lepas geram. Geram tengok orang yg sesuka hati salahkan orang lain dan aku malas nak tegur atau layan. Lantak la ko. Hahaha.

Thursday, October 22, 2009

CSKA Moscow 0 - 1 Man Utd

3 straight win for Champion League. Menyamai record Ajax, 14 away game tanpa kalah, hasil daripada gol sumbangan Antonio Valencia. Mamat ni pun dah semakin serasi dengan MU. Last week score masa menang lawan Bolton. Nampaknya, semakin kurang kesan ketiadaan CR dalam game MU. Malah, rasanya MU much better team sekarang nie. Semua pengkritik pun dah tak bersuara. Semua dah takleh nak pertikaikan prestasi semasa MU setakat nie. Kalau performance berterusan, tak mustahil kejuaraan EPL kali ke 4 berturut-turut dan UCL tahun ni dalam genggaman. Tapi macam-macam boleh jadi dalam bolasepak. Dan aku masih setia mengikuti perkembangan team nie.
Sebuah kisah yang diperolehi dari email yang dihantar oleh seorang rakan untuk dikongsi bersama.

SEORANG JURUTERA DI ATAS BUKIT

Untuk pembaca yang sering ingin “mendengar” dentingan gentarasa… ku tinggalkan kalian dengan sebuah tulisan bertajuk: SEORANG JURUTERA DI ATAS BUKIT. Kisah pertarungan antara kebenaran dan kebatilan, bila keikhlasan dicabar oleh kepentingan diri.

Cerita ini sering didengar apabila membicarakan tentang keikhlasan. Ia ditulis oleh Al Ghazali dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin. Seorang lelaki soleh yang mendapat berita tentang sebatang pokok yang menjadi sembahan orang ramai di sebuah kampung. Dengan semangat amar makruf
nahi mungkar, lelaki itu mengambil sebilah kapak dan pergi untuk menebang pokok tersebut.
Di pertengahan jalan dia bertemu dengan syaitan yang menyamar sebagai seorang lelaki. Syaitan menghalangnya dan berlakulah pergelutan. Lelaki soleh itu dengan mudah mengalahkan syaitan. Syaitan tidak puas hati lalu berlakulah pergelutan demi pergelutan yang tetap
dimenangi oleh lelaki soleh itu.

Akhirnya syaitan mengaku kalah dan menukar strategi. Ia membuat satu tawaran kepada lelaki soleh itu. Syaitan bersedia memberikan satu dinar emas pada setiap pagi sekiranya lelaki itu membatalkan niatnya untuk menebang pokok sembahan yang dimaksudkan. Lelaki soleh itu termakan hasutan dan bujukan syaitan lalu pulang kembali ke rumahnya.

Esok pagi, apabila dia bangun dari tidur di dapatinya ada sekeping dinar emas di bawah bantalnya. Benar, syaitan telah menunaikan janjinya. Begitulah keadaannya pada pagi hari kedua. Dinar emas sudah ada di bawah bantalnya seperti hari pertama. Tetapi pada hari ketiga,
dinar emas sudah tidak ada lagi. Ternyata, syaitan mula menipu. Berang dengan perlakuan syaitan, lelaki soleh itu mengambil kapaknya untuk meneruskan niat awalnya untuk menebang pokok sembahan. Di pertengahan jalan, syaitan yang menyamar sebagai seorang lelaki itu
menahannya lagi dan berlakulah pergelutan. Kali ini lelaki soleh itu kalah. Dicubanya sekali lagi, dia tetap kalah. Malah dicubanya berkali-kali, dia tetap kalah.

Ketika lelaki itu bertanya kenapa dia kalah dan kenapakah syaitan sudah jadi semakin gagah? Syaitan menjawab, “engkau kalah kerana kali ini niat mu untuk mencegah kemungkaran bukan lagi kerana Allah, tetapi kerana dinar emas.” Ya, lelaki itu menjadi lemah kerana niatnya tidak
ikhlas. Tahulah kita rupa-rupanya keikhlasan itu adalah satu kekuatan dan kehormatan.

Cerita di atas saya ceritakan kembali kepada anak yang baru bekerja sebagai jurutera di sebuah syarikat pembinaan infrastruktur. Saya bimbang takut-takut dia terjebak dengan rasuah. Dia masih terlalu muda untuk mengenal sepak terajang dunia pekerjaan.

“Itu cerita lama, tapi masih relevan,” nasihat saya.

“Sekarang ni tidak ada lagi syaitan yang menyamar ayah,” balasnya sambil tersenyum.

“Eh, ada… masih ada,” balas saya.

“Betul ke?”

“Betul. Syaitan yang berupa manusia. Kawan ayah pernah terjumpa,” ujar saya.

“Macam mana tu?” tanya anak saya dengan penuh minat.

“Kawan ayah juga seorang jurutera. Ini cerita lama. Berlaku pada peringkat awal sewaktu dia mula masuk bekerja.”

“Macam saya sekarang ni?”

Saya mengangguk. Biar saya ceritakan segala-galanya buat peringatan dan amaran kepadanya.
“Satu hari dia ditugaskan untuk melakukan pengawasan dan membuat laporan tentang pembinaan satu projek pembinaan jalan raya oleh sebuah syarikat yang diamanahkan…” saya memulakan cerita. Ya, saya masih ingat bagaimana kawan saya menceritakan bagaimana hari
itu dia datang bersama seorang lagi kawannya yang juga seorang jurutera. Mereka sama-sama muda. Sama-sama bersemangat baru. Mereka terkejut apabila mahu pulang dari lokasi tersebut, di dalam bakul motosikal (mereka belum mampu membeli kereta) masing-masing ada
satu sampul berisi wang. Bukan sedikit, tetapi banyak. Rupa-rupanya itu “hadiah” daripada syarikat pembinaan berkenaan. Apabila ditanya mengapa dan untuk apa hadiah itu diberikan? Wakil syarikat itu berkata, “you muda lagi. Baru kerja, tentu mahu pakai duit. Ini hadiah perkenalan daripada kami. Kita akan selalu bekerjasama nanti.”

Kedua-duanya pulang ke rumah masing-masing dengan perasan yang pelbagai. Kawan saya sedar bahawa “hadiah” itu hakikatnya rasuah. Walaupun kawan saya itu kesempitan belanja (kebetulan emaknya sakit pada waktu itu), dia tetap tidak sedap hati untuk menerima pemberian itu. Esok pagi sekali lagi dia lokasi pembinaan dan menyerahkan semula
sampul yang berisi wang tersebut.

“Apa you tak mahu pakai wang?”

“Tak apalah.”

“You tak mahu kerjasama?”

“Saya akan beri kerjasama. Tanpa hadiah ini lebih mudah kita kerjasama. You tak segan dengan saya, saya pun tak segan dengan you,” kata kawan saya.

“ Apa kesudahan cerita tu ayah?” tanya anak saya penuh minat. Saya tahu cerita itu sangat rapat dengan situasi semasanya.

“Malangnya, kawannya yang seorang lagi tu menerima hadiah tersebut. Ketika
ditanya mengapa, dia ada rasionalnya sendiri…”

“Apa rasionalnya?”

“Itu bukan rasuah tapi hadiah. Bukan kita minta, orang nak bagi. Nabi pun terima hadiah. Itulah hujah kawannya yang seorang lagi tu.”

“Eh, bagus juga hujahnya ya?” balas anak saya sinis.

“Syaitan memang kreatif. Macam-macam tipu dayanya kepada manusia…”

Anak saya diam.

Saya menambah lagi, “ di satu negara yang pernah ayah pergi dahulu mereka tidak menamakan rasuah, mereka tukar istilah jadi kerjasama. Bukan rasuah, tapi kerjasama. Di satu negara lain pula, rasuah dianggap “skill” dalam perniagaan. Orang sudah tidak memandangnya buruk. Ia
dianggap satu strategi untuk melancarkan urusan!”

“Apa kesudahan cerita kawan ayah tadi?” kata anak saya mengingatkan.

“Dia dihormati, disegani dan kadangkala ditakuti. Ke mana sahaja dia membuat pengawasan, kontraktor-kontrakt or yang diamanahkan akan memberi kerjasama. Sekarang dia jadi Ir dan ketua jurutera!”

“Kawannya yang seorang lagi macam mana?”

“Cerita sedih. Sejak dia menerima rasuah, wakil syarikat yang memberinya dahulu buat tak tahu sahaja. Kehadirannya tidak dipedulikan. Apalagi kata-kata dan tegurannya. Orang tahu dia dah “termakan”. Dia tak lama di syarikat tempat dia bekerja. Khabarnya sering
bertukar-tukar tempat kerja,” jawab saya.

“Dah dapat kaitkan cerita-cerita tu?”

“Cerita yang mana ayah?”

“Cerita ikhlas versi lama dan baru.”

“Rupa-rupanya orang yang ikhlas tu kuat ya ayah…”

“Ya, bukan kuat fizikalnya tetapi kuat hatinya. Tidak makan bujukan. Tahan dengan godaan.”

“Rupa-rupanya taktik dan strategi syaitan amat licik. Hulur dulu, rentap kemudian.”

“Dulu dia pakai dinar emas bawah bantal. Sekarang dia guna sampul surat, kad ATM, belanja perubatan, percutian luar negara, perempuan dan macam-macam lagi.”

“Sekarang saya faham apa di sebalik simbolik syaitan menyamar jadi rupa
manusia,” kata anak saya yakin.

“ Manusia dah jadi syaitan. Pemikiran, tindakan dan percakapannya penuh muslihat.”

“Mereka menghulur untuk lebih banyak menerima. Dia rasuah sedikit, tetapi dia ambil balik banyak. Nanti dia akan tipu ukuran pembinaan, kadar bahan mentah, upah pekerja dan macam-macam…” kata anak saya yang mula menjiwai realiti pekerjaannya.

“Dan kalau orang yang diamanahkan untuk buat pengawasan sudah terjerat mereka akan buat sewenang-wenangnya. Tak kan dia berani membuat laporan yang telus dan jujur. I jaga you, you jaga I. Itulah maksud kerjasama yang dikatakan sejak awal.”

“Baguslah kalau kamu faham. Apa pun ingat, syaitan tak akan mampu melawan orang yang ikhlas.”

“Rupa-rupanya ikhlas itu penting bukan sahaja dalam solat dan puasa…”

“Ikhlas itu teras dan asas dalam semua ibadah. Baik yang berupa fardu Ain, mahu pun yang fardu kifayah. Yang habluminallah, juga habluminanas.”

“Tapi cerita-cerita versi lama sukar nak dikaitkan dengan realiti terkini. Betul ke ayah?”

“Tidak juga, kalau kita jujur dengan sejarah, pasti banyak “ibrah” yang terserlah. Ada cerita yang lebih lama daripada cerita yang dinukilkan oleh imam Ghazali tu. Dia termenung.

“Tahu cerita nabi Nuh AS?”

“Tentang penderhakaan kaumnya? Tentang kesabarannya berdakwah ratusan tahun?”

“Bukan sudut itu. Tapi sudut yang ada kena mengena dengan cerita-cerita kita sebelum ini…”

“Saya tak dapat tangkap maksud ayah,” katanya berterus-terang.

“Cerita kapal nabi Nuh. Baginda hakikatnya jurutera macam kamu juga.”

“Nabi Nuh lebih hebat ayah!” “Nabi dan rasul adalah teladan sepanjang zaman. Mari kita teladani Nuh AS bukan sahaja di sudut ketulusan hatinya dalam berdakwah tapi dalam bidang pekerjaannya juga.”

“Macam mana tu ayah?”

“Nabi Nuh di samping misi utamanya berdakwah, dia juga seorang jurutera dan arkitek yang membina kapal. Hebatkan? Kapal dibina di atas bukit. Kapal yang begitu teguh dan kukuh. Kapal yang tahan menahan gelombang banjir bertaraf “super”. Jutaan kali lebih dahsyat daripada Tsunami yang baru lalu. Bayangkan puncak yang tertinggi di dunia pun tergenggelam. Kalau gunung Everest sudah ada pada waktu itu, Everest pun tenggelam. Banjir seluruh dunia. “
Setelah agak lama kami terdiam (mungkin terbayang betapa hebatnya banjir yang telah melanda dunia era Nabi Nuh itu), saya bertanya, “kamu ada dengar kapal nabi Nuh retak? Kamu ada dengar atapnya bocor?”

“Tidak ayah…”

“Orang sekarang berbeza. Buat lebuh raya retak. Buat stadium runtuh. Buat atap bangunan canggih-canggih tapi bocor.. tidak seperti kapal Nabi Nuh.”

“Kita tidak meneladani Nabi Nuh ayah,” balas anak saya perlahan.

“Mungkin kita kurang kepakaran. Mungkin juga kurang amanah.”

“Atau mungkin kurang kedua-duanya sekali.”

“Ayah mengingatkan sahaja. Bila bekerja ikhlaslah. Insya-Allah, rezeki berkat dan reda Allah pun dapat. Jadilah seperti Nabi Nuh, yang bukan sahaja ada kepakaran tetapi juga ada kejujuran. Dialah jurutera sejati yang tidak termakan pujuk rayu dan ejekan manusia.”

Anak saya termenung panjang. Doa saya, mudah-mudahan dia, jurutera, arkitek dan juru ukur bahan muslim yang lain menjadi pekerja yang ikhlas. Amin.

Saya cuba-cuba mengimbau, bagaimanalah agaknya Nabi Nuh AS menghadapi ejekan kaumnya. Baginda diketawakan. Dinajisi struktur binaan awal kapalnya. Laut dan sungai terlalu jauh, di bina pula kapalnya di atas bukit. Cuaca cerah, belum ada teknologi ramalan berlakunya Tsunami, banjir besar ataupun taufan. Tanpa ganjaran, dia bersendirian. Tanpa menghiraukan itu semua, dia terus bekerja dan bekerja… kerana Allah. Ah, ikhlasnya kau wahai nabiyallah!

Ya Allah...Lindungilah daku dari kejahatan, yang menipuku daripada kemanisan iman...bawalah daku kepada cinta suciMu, berikan daku keredhaan dan SyurgaMu...

SEMOGA ANAK-ANAK AYAH MENJADI INSAN YANG BERGUNA DAN TERPELIHARA DARI SEBARANG TIPU DAYA DAN HELAH IBLIS, AMIN

Tuesday, October 6, 2009

Minyak Oh Minyak....

Email dari sorang rakan yang aku amat menyetujuinya. Dah lama pendam pasal harga minyak nie. Tapi rasanya takleh nak tahan jugak. Terpaksa luagkan jugak.

Ismail Sabri kata harga minyak tak naik. Ianya kekal. Sama ja. Ada minyak harga dua hengget. ada minyak ada sringgit lapan kupang. Sama ja. Tadak beza apa pun. Apa pun tak naik. Semua maintain. Steady. Cuma, katanya, minyak RON97, yang selalu rakyat pakai tu, dia naikkan taraf kepada minyak premium. So, bila dah naik taraf ni, otomatik la harga pun canak naik. RON97 naik dari RM1.80 ke dua ringgit.

Tapi jangan risau, katanya. Sebab rakyat masih boleh isi minyak dengan harga RM1.80 lagi, guna RON95. RON97 dah ‘upgrade’, kalau mau yang ‘tak upgrade’, guna RON95. Harga sama. Warna pun cantik, kuning. La ni petrol pam dah macam lampu trafik light. Ada merah, kuning, ngan hijau. Cantik kan? Cantik kan? Kan? Suke tak? Suke tak? Tutup matee! Tutup matee! Suurrrpriissssseeee!!!

Ada jugak yang kena tendang perut time2 raya ni. Soalan pertama, apakah RON97 yang telah dinaiktaraf menjadi minyak premium itu lebih baik kualitinya sebelum harganya dinaikkan? Adakah minyak ini telah dicampur dengan formula2 hebat yang boleh membantu menambahbaik enjin, samada dari segi ‘ketukan’ ka hapa ka? Adakah dengan menggunakan RON97 yang lebih mahal ini, proton wira 1.3 aku bertambah pikapnya sampai ke tahap aku tak perlu tutup ekon setiap kali meghagaih bukit?

Jawapannya sudah tentu tidak! Dan kalau jawapannya adalah ‘tidak’, jadah hapakah yang kamu naikkan harga minyak yang sama kualitinya ni, tapi tiba2 jadi mahal keesokan harinya? Bukankah itu namanya kamu sengaja menaikkan harga minyak? Bukankah harga minyak sebenarnya telah naik?! Ini macam pi market nak beli ikan temenung, tiba2 tokey cakap sekilo kena tambah lagi dua ringgit. Tanya pasaipa, dia kata ikan temenung dah jadi ikan premium. Tanya dia lagi ikan temenung yang dia jual harini semua masuk univesiti ka? Ada ijazah semua ka? Isi manis lagi ka? Sisik makin kurang ka? Dia kata dak, sama ja. Tanya lagi ikan temenung kurang ka kot tengah laut la ni? Dia kata dak, belunggok huk lagi. Paihtu kenapa naikkan harga ikan temenung? Dia jawab harga tak naik, tapi taraf ikan temenung ni dah naik, jadi premium.

Tapi harga ikan temenung mahai dari kemarin. Kita kata tak puas hati. Dia kata kita bulih beli ikan puyu, ikan puyu harga sama macam ikan temenung kemarin. Tapi ikan puyu bukan ikan temenung! Kita jawab bantah. Tapi ikan jugak! Dia betah. Tapi kita tak bulih makan ikan puyu, nanti naik ruam. Kita bagi sebab. Dia suruh makan ikan temenung. Tapi ikan temenung mahai! Kita jawab. Bukan mahai, itu harga untuk ikan premium! Last2 ada yang kena takek dengan parang tengah2 market tuh. Naik harga cakap la naik harga! Dok pebodo orang pasaipa? Cakap. Harga dah naik. Kalau nak murah, beli yang rendah kualiti. Yang ni dah naik harga. Yang sama. Harga ja beza, lebih mahai. Kan senang?

Soalan kedua. Kenapa naik harga petrol? Mail Sabri dilaporkan dalam tibitiga malam tadi sebagai berkata sebab harga minyak dunia dah naik sampai USD82 setong. Aku tak pernah hisap rokok. Jauh lagi nak hisap dam atau hidu gam. Tapi masa mengaji dulu, ada sekoq dua kawan2 yang dok wat kerja loklaq ni. Jawapan Mail Sabri ingatkan aku kepada sorang kawan yang overdose ganja. Samada dia hidu gam, atau telebih hidu petrol, aku tatau, tapi statistik tahun bila yang dia rujuk kata harga minyak dunia dah naik sampai USD82 setong? Harga minyak dunia tak pernah lepas USD75 selepas merudum jatuh sampai ke USD40 tuhari. Samada dia di bawah pengaruh ganja, ataupun sengaja nak membodohkan rakyat sekali lagi, itu aku serah pada pembaca semua. Tapi mengatakan minyak dunia dah naik ke 82 dolar setong adalah statement yang sangat bengong. Tak masuk akal. Dan hanya boleh dilafazkan oleh orang2 yang hilang akal sahaja!
Jadinya, kalau kenaikan bukan disebabkan oleh kenaikan minyak dunia, jadah hapakah yang dinaikkan jugak harga minyak? Adakah sebab BN dah senak tak tau nak kaut duit tang mana, maka last kopek, pau rakyat sekali lagi?

Soalan terakhir. Adakah kualiti RON95 sama seperti RON97? Jika rendah kualitinya, kenapa harganya sama seperti RON97? Jawapannya jugak adalah tidak. RON95 lebih rendah kualitinya daripada RON97. Dan ada beberapa laporan mengatakan bahawa sesetengah enjin tidak sesuai menggunakan RON95.

Kesimpulannya?
Harga minyak memang dah naik. BN bodohkan rakyat melalui Mail Sabri mengatakan harga tak naik. Rakyat disuruh menggunakan minyak yang rendah kualitinya, tanpa sebarang kebaikan kepada kenderaan, dan disuruh membayar pada harga yang sama! Mail Sabri kata harga minyak kenderaan tidak berubah, cuma ianya telah ditingkatkan kepada premium.

Kerja

Ni pulak nak citer pasal kerja. Ada kerja, ada gaji. Tapi aku pernah merasa, kerja 4 bulan, dapat tak sampai 2 bulan gaji. Bongok tol orang yang suka menganiaya orang mcm nie. Betapa susahnya hidup aku masa tue, Allah jer la yang tau. Nasib baik wife keje, ada gaji. Kalau tidak, nak makan apa pun tak tau. Cuma masa tu rasa tertekan sangat pasal nak raya. Nasib baik persiapan dah dibuat awal. Kurang la sikit beban.

Bayangkan pulak kalau time tu takde saving, perghhhh. Alangkan ada gaji tapi takde saving pun sakit, lagi lak kalau takde gaji then takde saving. Camner? Makan roti lo. Masa tu rasa pressure sangat. Nasib baik geng citra club ramai masa tu yang berkongsi simpati. Ada gak yang offer nak bagi pinjam duit, tapi aku tolak dengan baik. But, I'm really appreciate that. At least, aku rasa masih ada kengkawan yang sudi kongsi susah dengan aku. Rasanya, family aku takde yang tau susahnya aku masa tue. Malas nak cerita dengan diorang.

Now, Hanafi face the same problems. Dipaksa berhenti oleh company dia, dengan cara yang amat lah bodoh. Company write a resign letter onbehalf of staff. Gampang tol perangai. Kalau bagi compensate, lain jugak la citernya. Nilah perangai manusia zaman sekarang. Ramai tol orang yang bodoh dapat jadi pemimpin. Tak kiralah, politik ker, company ker. Sama jer. Sudahnya menyusahkan ramai orang. Tak tau la adik aku ni ada saving ker tak, gaji wife dia besar ker tak, dapat ker tak cari kerja lain dengan cepat. Harap2 masalah dia tak lama. Wish you all the best.

Kalau ikut hati, panjang nak citer. Tapi tiba2 rasa mengantuk pulak. Nak tido sekejap. Sambung lain kali. Adios....

MU 2 - 2 Wigan

Emmmm, game yang membosankan. Bosan pasal player MU main entah apa-apa. Pass bola pun macam orang tak reti main jer. Keeper lak, memang hampeh. Harap2, VDS cepat pulih. Boleh ganti Foster tu yang dapat main pun sebab SAF kesian, konon kalau dia main lebih, ada chance la nak wakil England untuk World Cup next year. Tapi ini bukan eksperimen. Kalau gol bodoh jer yang lepas, susah nak bersaing dengan team lain. Foster kena pertingkat prestasi atau hilang potensi untuk jadi penjaga gawang utama MU. Weekend ni takde game. World cup qualification. Boring la pulak.

Thursday, October 1, 2009

Man Utd 2 - 1 Wolfburg

Kepada semua peminat MU, pastinya semua tengok game malam tadi. Walaupun ketinggalan, MU masih mampu bangkit untuk menewaskan lawan. Buat masa sekarang ni, performance MU semakin bagus. Tak terasa sangat kehilangan Ronaldo dan Tevez sekaligus menutup terus mulut pengkritik yang belum start season, dah menafikan peluang MU untuk mengekalkan kejuaraan. Ek elehhhhh, entah apa-apa la. Sekang, depa semua terpaksa tutup mulut sebab MU masih mengekalkan rentak kemenangan. Go MU go.

Back On Demand....

Salam semua. Setelah sekian lama berehat, akhirnya aku kembali. Mewarnai dunia blog yang sebenarnya kalau aku takde pun takde effect apa-apa pun. Tapi pasal ada beberapa permintaan, terpaksa la aku menulis jugak. Tapi banyak benda yang dah lepas. So, aku malas nak menulis. Start from today onwards. Tunggu jer la. Ni kira macam intro masa mula2 ada blog dulu. Hahahaha...

Friday, July 24, 2009

End of The Road

Hari ni aku rasa seperti coretan ini adalah merupakan coretan yang terakhir bagi aku kat blog ini. Entah la. Takde mood? Banyak sangat rasa perkara yang menyesakkan benak aku. Bosan? Mungkin yer. Ketandusan idea? mungkin juga. Sucks.

Monday, July 20, 2009

Reunion - 8 Jalan Timah 5

Hehehe. Ni baru plan jer. Dicetuskan oleh Puyoh masa jumpa dia itu hari. Nak buat reunion untuk member2 masa study dulu, yang dok menyewa kat rumah no 8, Jalan Timah 5, Taman Seri Putri. Sekang masih lagi dalam proses discussion. Bila nak buat, kat mana, tu semua sedang dibincangkan. Nanti kalau ada update, akan diberitahu kelak. Macam menarik gak kalau menjadi kenyataan. Bukan apa, ramai lagi member yang jarang jumpa sejak habis belajar dulu. Leman, Cium dengan Puyoh tu selalu la jugak jumpa. Shafiq, mamat, panjang dengan Fariz ada la sekali dua jumpa sejak habis belajar. Yang lain-lain tue, entah bila la nak jumpa. Ni pun entah dapat ker tidak kalau nak kumpul semua. Macam mustahil, tapi hopefully dapat.

Wednesday, July 15, 2009

H1N1 kini di UiTM Lendu

Berita yang kurang enak didengar. H1N1 pun sekang dah mula dikesan di UiTM Lendu. Dah la sekang ni selalu gi site. Tapi nak wat camner. Banyakkan tawakal jer la. Kadang2 kita dok risau pasal penyakit itu atau penyakit ini. Tapi kita lupa tentang benda lain yang mungkin lebih bahaya pada diri kita. Hidup ini penuh dengan risiko.

Fokus

Hari ni aku nak bercerita tentang betapa pentingnya fokus. Satu perkara yang dahulunya aku tak berapa nak amik port, tak berapa nak kisah, tak amik pusing langsung, tapi sekarang aku akui, betapa pentingnya fokus dalam melaksanakan sesuatu perkara. Aku mula memikirkan benda ni sejak kebelakangan ni. Kenapa? Sebab ada 2 cerita.

1. Citer ni masa aku kena gi kat course di KL. Balik dari course, kalau nak ikutkan jalan tu memang aku biasa lalu masa study kat UTM dulu. Memang la aku dah lama tak lalu situ, tapi jalan kat situ takde perubahan pun. Tapi disebabkan masa nak melalui jalan di situ, aku tengah bersembang dalam telefon, aku dah tersalah masuk jalan. Tempuh jammed. Perjalanan yang sepatutnya hanya mengambil masa 45 minit, dah jadi hampir 2 jam. Nak salahkan saper? Diri sendiri. Masa tu memang frust giler rasa. Stupid mistake cost me half an hour jammed. Damn.

2. Main bola pulak. Kan sekang ni aku hari-hari main bola. Kecuali hari Rabu sebab ada pasar malam. Memandangkan usia yang semakin meningkat, main pun dah semakin slow. Kadang-kadang, masa tgh main pun boleh berangan nak buat macam masa-masa tengah top perform dulu. So, main pun dah tak fokus. Kadang-kadang hilang bola, kadang-kadang pass pun merapu, kadang-kadang rembat pun entah apa-apa. Nak buat camner, dah la main memang dah kurang byk terrornya, tambah lagi tak fokus. Haru biru la jadinya. Tapi tu la situasinya. Cuma kalau boleh, nak main bola sampai anak2 dah pandai main bola. Jealous jer tengok ada geng2 yang main bola, main dengan anak2 dia sekali. Maknanya, walaupun umur dia dah 45, tapi still steady main bola. Hopefully, one day aku dapat main bola dengan anak2 aku.

Sekian la sahaja celoteh untuk hari ini. Rasa macam takde idea pulak sekang ni. Idea selalu datang masa tgh drive. Tapi bila nak tulis, dah lupa langsung apa yang nak ditulis. Hampeh jer. Tanda-tanda dah tua kot.

Tuesday, July 7, 2009

Pembelian Terbaru....

Ni cerita pasal bola yer. Pasal team kesayangan aku yang dah jual Cristiano Ronaldo ke Real Madrid tu ler. Sebagai pengganti, MU dah beli 3 player. Michael Owen (striker), Gabriel Obertan (winger) dengan Antoio Valencia (Winger). Harap2, dengan pembelian 3 pemain ni, dapat memantapkan jentera serangan MU yang pasti agak goyah dengan ketiadaan Ronaldo dengan Tevez. Tapi dengan barisan pemain yang sedia ada, aku takde la goyah sangat untuk season depan. Once again, football is a team game, not individual game. Ronaldo masa main untuk Portugal pun tak sebagus mana. Walaupun tanpa pemain terbaik dunia, aku yakin MU masih mantap untuk memberikan cabaran kepada pasukan lain dalam EPL.

Citer pasal belian baru MU, Owen player yg selalu cedera. Ramai yang terkejut bila MU menandatangani player nie sebab injury histpry dia memang teruk. Tapi MU dapat player ni free dan dia pun ada track record yang bagus. Mungkin dengan peluang yang diberikan, Owen boleh kembali kepada prestasi dia dulu.

Valencia pulak, sebelum ni main untuk Wigan. Dia ni laju gak larian dia dan selalu mengkucar kacirkan pertahanan lawan. Rasanya, dia boleh isi tempat Ronaldo. Walaupun mungkin tak sehebat Ronaldo, tapi saper tau. Eleh, dulu masa Ferguson sin Ronaldo, sorang pun tak kenal dia. Sekang jer dah jadi terkenal dan terlupa jasa orang yg pernah gilap bakat dia. Biasa la kan.

Citer pasal Gabriel ni pulak, aku tak kenal pun mamat nie. Tapi yang aku tau, dia main untk Bordeux kat liga France sebagai midfielder. Beli pun tak mahal mana, 8 juta pound jer. Harap2, mamat ni macam masa Ferguson beli Evra dengan Vidic dulu. Beli murah, takde saper kenal, tapi sekang jadi tonggak MU kat defend. Good luck for Gabriel.

That's all for now. Kalau ada any news, aku update lagi.

Friday, July 3, 2009

Legaaa.....

Lega ada, geram pun ada. Tender aku postponed. Tutup hari isnin, jumaat ptg, kol 3.45 baru inform. Aku punya la dah menggelabah. Tapi sekang aku boleh main mafia wars dengan aman dan tenteram. Rugi tol la. Sekang ada special loot. Tapi energy dengan stamina takde lak. Hampeh tol. Malam ni main futsal. Minggu ni langsung tak turun padang main bola. So, hari ni kena main sejam non-stop. Adiossss....

Thursday, June 25, 2009

Suami Unggul.....

Salam...

Sebagai lelaki, pernahkah terfikir untuk menjadikan diri sebagai orang
dikagumi?

Bukan saja memiliki perawakan menarik tetapi hadir dalam
satu pakej yang penuh kesempurnaan sehingga menjadi teladan kepada
semua - disayangi isteri, dihormati anak-anak, disanjung keluarga dan
sekali gus berjaya dalam kehidupan dunia akhirat?

Kalaulah anda belum berpunya, pasti ramai yang bakal menjadi
pemujanya. Namun berusahalah menjadi lelaki yang sempurna dan cuba
memenuhi apa yang diinginkan wanita. Jika anda mengidam mendapat
pasangan yang memenuhi segalanya, tidak salah sekiranya mencuba untuk menjadi lelaki yang sesempurna mungkin.

Berikut adalah petua bagaimana hendak memenuhi aspirasi berkenaan dan anda mungkin mampu memenuhinya jika piawaian yang anda ada menepati apa yang dicari golongan hawa..

Pastinya jika ciri itu ada pada diri anda, tentunya anda lelaki paling
bahagia di dunia ini kerana mampu memenuhi kehendak masyarakat, agama dan meletakkan kesempurnaan diri pada tahap yang sewajarnya.

Marilah kita selidiki kalau ciri-ciri atau petua yang dititipkan ini ada pada diri anda atau sememangnya ia sifat semula jadi anda.

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat
dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami
terlupa mengenai hal ini.

2. Jika sudah mendirikan rumah tangga, bersyukur kerana mempunyai
pasangan. Yakinlah isteri anda pasangan terbaik yang Tuhan tentukan
untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami "mithali" menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan isteri anda.

4. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari.
Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit
yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?

5. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami
tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan
turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

6. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan
semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

7. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang
anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok
dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

8. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan
yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan
hubungan suami isteri.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat
menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan
mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa
mandi bersama adalah sunnah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunnah yang dapat
meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan, mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan
ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan
penampilan diri sendiri. Mana adil ?

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah.
Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang
cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan
kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan,
kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia
membentuk keluarga sejahtera.

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara
sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada
orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang
membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami
memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana?

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang
dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka
apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki
suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah
tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri
merajuk bukan sebab ditegur tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila
suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad s.a.w sebagai "role model". Hidupkan amalan sunnah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah
tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain
daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon atau SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga
suami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah
mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga, tidak pernah sengsara
serta berteraskan iman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan
keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut
berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatinan yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami
tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat
tambahan yang patut diberikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar,
waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki
cuba hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang kecewa terhadap
suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk
pembantu rumah.

Utk di kongsikan bersama....

Wednesday, June 24, 2009

Saje jer

Sekang, semua tak sihat kat rumah. Selsema, batuk dengan demam tu dah lama menyerang rumah ni. Lepas sorang, sorang. Sorang baik, sorang lagi kena. Weekend ni ada kenduri kawe Hanafi. Harap2 semuanya sihat sebelum weekend nie.

Monday, June 22, 2009

Selamat Hari Bapa...

Sejujurnya la kan, aku pun tak tau bila Hari Bapa nie. Ni la masalah aku, kurang peka. Selalu buat pekak jer. Tapi bila dengar radio, orang dok sibuk citer pasal hari bapa. Macam-macam la cerita yang keluar pasal diorang dengan bapa diorang. So, bila aku dengar celoteh diorang tue, mengingatkan aku pada cerita aku dengan ayah. Takde la menarik sangat, tapi perangai aku masa tu bagi aku agak keterlaluan. Maklumlah, masa tu pun baru umur baper. 9 or 10 tahun kot.

Alkisahnya, aku ni kan suka sangat main bola. Tak kira masa, tempat, iklim, suhu, semua aku belasah jer main bola kalau aku jumpa bola, dan ada geng nak main bola. Bila masuk dah 4, aku dah sibuk nak main bola wakil sekolah. Cikgu dah cakap, tak boleh. Darjah 5 baru boleh. Aku nak jugak. Balik tu, siap suruh lagi ayah belikan kasut boot untuk main bola. Ayah pun cakap, nanti dulu. Aku pun ok jer la.

Weekend tu, ayah pun ajak la aku gi beli kasut boot. Aku punya la seronok. Excited giler rasanya. Bawaklah ayah gi kedai kasut tempat kitaorang selalu beli kasut sekolah. Tanya kasut boot bola, takde. Gi kedai lain, ada boot, tapi yang getah. Aku taknak. Aku nak kasut boot yang mahal. Ikutlah ayah dengan kerenah aku. Pusing lagi kat Segamat naik motor cari kedai kasut yang ada jual kasut boot. Banyak kedai dah pergi, takde jugak boot yang aku kenan. Yang ada hanyalah kasut boot getah yang berharga RM12 yang aku tak kenan.

Ayah dah penat. Ajak balik. Aku dah bengang sebab boot bola takde. Aku pun tak tau naper aku marah. BOOT BOLA TAKDE, BUKAN AYAH TAKNAK BELI. Balik tu aku merajuk. Aku siap conteng lagi kat white board, citer pasal aku tak dapat beli boot. Ayah macam biasa la, buat dek jer. Aku pulak, makin lama aku semakin dapat terima hakikat. Boot mahal utk saiz budak2 takde lagi masa tu. Bukan macam sekarang. Saiz Aliff pun melambak.

Finally, aku pasrah. Aku ajak gak ayah gi beli boot. Boot getah pun boot getah la yah. Janji boleh buat main bola. Ikut la lagi ayah dengan kemahuan aku. Akhirnya, aku berjaya gak beli boot baru. Darjah 4 takleh main wakil sekolah. Darjah 5, aku terpilih wakil sekolah Kg Jawa sampai darjah 6. Sejak tu, aku tak pernah missed wakil sekolah kalau ada main bola.

To my lovely dad, Ismail Bin Werdani. Terima kasih atas segala pengorbanan, kasih sayang, wang ringgit serta segalanya yang telah dicurahkan untuk mendidik dan membesarkan kami sepertimana kami ada pada hari ini. We will never forget. I'm really proud to be your son. Every where I go, I'm proud to be known as anak Cikgu Mail. Nak buat salah pun takut. Semua orang kenal. Sampai sekang pun, kalau balik lewat, ayah selalunya ada menyambut kepulangan kami semua. Kadang-kadang, kol 1 pun ayah masih bangun untuk menyambut kami balik. Thanks Ayah.

H1N1

Emmm, sekang tengah dok kecoh pasal penyakit selsema babi aka influenza A aka H1N1. Hampir setiap hari, berita ada jer kuar pasal penyakit nie. Kat negara kita pun dah ramai yang kena. Kalau sebelum ni semuanya adalah pelancong asing, tapi sekang dah ada pesakit yang terdiri daripada rakyat tempatan. Penyakit ni amat mudah merebak.

Berbalik pada rakyat tempatan yang terkena H1N1 ni, aku rasa frust sangat. Puncanya, mangsa ni baru balik daripada makan angin kat Australia sana, yang kesnya dah mencecah ribuan kes. Nak cakap bodoh ker apa yer? Dah kaya sangat kot. Gi holiday kat sana. Kalau kena penyakit tu pun, keluarga mampu tanggung kalau masuk hospital. Boleh hantar kat tempat yang mahal sebab mampu sangat. Tapi camner dengan orang lain?

Sekolah kena tutup seminggu, kuarantin. Kawan-kawan sekelas kena kuarantin selama seminggu kat rumah. Tak boleh gi mana-mana. Kan dah menyusahkan orang lain. Kalau rasa duit tu banyak sangat, buat la benda lain. Aku tak faham la dengan sikap or pemikiran orang seperti ini. Memang la penyakit tu boleh kena kalau kita dah ditakdirkan akan kena. Tapi kalau boleh dielakkan, elakkan la. Mencegah itu lebih bagus dari merawat. Sakit hati aku bila dengar berita ni kelmarin. Huhhhh....

Tuesday, June 16, 2009

McDonalds

Aku rasa, minggu ni dah minggu kedua berturut-turut hampir setiap hari aku makan Mcd. Sejak kedai bawah ni tutup, malas tol rasa nak kuar makan. So, McDelivery jer la yang paling senang. Padahal, kalau gi makan, bukan jauh pun. Dulu, masa kedai bawah ni bukak, mengeluh harga mahal. Sekang, lunch lagi mahal. Aduyai....

Friday, June 12, 2009

Akhirnya Ronaldo Ke Real Madrid

Selepas hampir 2 tahun RM memburu CR dari MU, akhirnya MU menerima tawaran RM untuk membeli CR dengan harga 80 juta pound yang juga merupakan rekod perpindahan termahal dalam sejarah pembelian pemain bolasepak. Daripada seorang pemain yang langsung tidak dikenali, SAF berjaya mengasah bakat yang ada pada CR untuk menjadikannya sebagai pemain bintang.

Malangnya, CR tidak mengenang budi SAF apabila membuat permohonan untuk berpindah ke RM sejak last season. Bagi aku, aku gembira dengan berita ni sebab aku dah lama bosan membaca pasal CR ke RM dalam paper hampir saban hari. Lagak pun dah macam diva.

Ramai kengkawan yang menyokong pasukan lain seronok dengan berita nie. Semua membunga harapan yang season depan ada chance la team depa nak menang piala. Tapi seperti sebelum-sebelum nie, setiap star yang pergi tidak memberikan kesan yang besar pada MU. Ada jer player lain yang bakal menonjol. Tapi next season, kita tak tau saper. Mungkin Macheda, Wellbeck, Nani, Anderson, Rooney or saper-saper jer. Harap2 MU mampu memberikan saingan yang hebat untuk next season.

To CR, thanks for your contribution during your spell for 6 years at MU. We wish you all the best at new club with new challenge.

Wednesday, June 10, 2009

Karambunai's Photos Part 2

Kat Pintu masuk

Sebahagian daripada staff Laras

Mama, Sarah dan Aliff dalam bas. First time anak2 naik bas, seronok diorang.

Adi dengan gaya bersahaja dalam bas.


Kat LCCT sebelum berlepas ke KK.

Monday, June 8, 2009

Karambunai's Photos

Kat Lobby hotel tunggu bas nak balik

Kat depan Hotel Nexus dengan Abang Ajim.

Depan bilik sebelum check out

Pemandangan dari dalam bilik.


Burger ni berharga RM32.30. Sedap giler. Hahaha...

Mengantuk kepenatan

Comel jer rasa mamat nie...

On the way balik dari Pulau Manukan..

Bagi ikan makan roti basi yang berharga RM3.00. Hampeh jer.

Ikan2 yang jinak dan cantik. Kalau tengok real, lagi puas hati.

Karambunai, We'll Back....

Salam semua. Selepas 3 hari 2 malam berada kat Sabah, semalam dah balik kat Sg Buloh balik semula. Penatnya rasa dikerjakan oleh Aliff dengan Adi. Tapi takper la. Bila tengok budak2 tue seronok, hilang rasa penat. Walaupun geram jer rasa.

Actually, trip ke Sabah ni adalah Family Day Laras Niaga. Sampai di Sabah, terus lunch kat Grace Point. Sedap gak makanan dia. Harga pun ok. After lunch, terus gi Check In kat Nexus Hotel, Karambunai. Dapat bilik best, maklumlah dok kat tingkat 5. So, view dia memang laut la. Facilities kat bilik pun best. Kira, hampir semua benda yang nak digunakan, ada disediakan. Internet pun ada. Rugi lak rasa tak bawak laptop. First day, takde apa sangat aktiviti. Petang tu, bawak budak2 mandi swimming pool, pastu malam gi dinner kat Seafood village. Kak Ima pun tido kat Nexus on that day.

Second day, aktiviti hari nie adalah ke Pulau Manukan. Cantik giler beb pulau nie. Ikan-ikan dia pun cantik dan jinak. Seronok tengok Aliff dengan Adi bagi ikan makan. Sarah seperti biasa la, dengan mama dia. Nasib baik la Sarah ni good girl. Kurang meragam. Ramai member2 opis yang snorkeling, tapi aku takleh join. Jaga Aliff dengan Adi main air laut. Aduyai.

Masa naik bot nak gi Pulau Manukan tue, Aliff muka agak cuak gak. First time naik bot. Adi takde perasaan sangat. Ngantuk kot. Selepas penat bermandi manda kat Pulau Manukan, petang tu balik hotel balik. Petang aktiviti bebas. So, seperti semalam, melayan budak2 mandi kat swimming pool. Diorang pun semakin berani membuat aksi yang mencemaskan para ibu bapa. Takper, bagus. Improvement. Malam cuma ada dinner kat Guyang. Lembab giler servis.

Ahad, last day. Pagi aktiviti bebas. Check out kol 11.30, tapi delay sampai kol 12.30. Bila aktiviti bebas, maknanya kena bawak budak2 gi swimming pool. Kat Karambunai, Aliff tak berani mandi kat laut. Ada ombak kot. So, lepak swimming pool jer la. Jenuh la nak menjaga pasal mandi kat kolam orang dewasa. Nak naik gelongsor air la. Nak berdukung pulak tue. Budak2 tu mandi sampai puas. Tu pun taknak naik lagi. Syok kot mandi ramai2. Kena pulak tu, ramai yang nak menjaga. Lunch hari ni kat rumah Kak Ima. Memang datang sempat utk lunch jer la. Sebab kejar masa nak berlepas balik kat KL. Sempat shopping kat Jamilah, cari kristal dengan pearl. Aliff dengan Adi nak basikal yang berharga lebih kurang sama dengan basikal besar. Mama dengan Sarah dapat gelang. Aku dapat kapal untuk diri aku sendiri. Hahaha...

Panjang dah post yang ni. Kalau ikutkan, banyak benda nak citer sepanjang 3 hari kat sana. Tapi tak pandai sangat nak bercerita. So, conclusionnya memang syok la gi sana. Dah lama ngidam nak gi, akhirnya terlaksana jugak. Kalau ada rezeki, insya-Allah kami akan kembali lagi ke sana. Gambar akan dipostkan kemudian. Sikit-sikit. Wassalam....

Thursday, June 4, 2009

Stadium Gong Badak....

Satu lagi kemungkaran telah dibongkarkan. Kali ini, bumbung Stadium Gong Badak telah runtuh dan menjadi tajuk2 utama akhbar kat Malaysia. Dan, seperti biasa. Orang-orang yang mempunyai kuasa mengeluarkan arahan yang dah selalu sangat kita dengar setiap kali berlakunya gejala seperti ini. Perketatkan proses perlantikan kontraktor, perkemaskan sistem penyenggaraan, kaji punca kegagalan dan sebagainya. Hakikatnya, masalah sama masih berlaku.

Bayangkan, sekiranya bumbung stadium tersebut runtuh semasa berlangsungnya temasya sukan IPTA, berapa ramai nyawa yang akan terkorban. Nasib baik temasya sukan tu ditangguhkan. Kalau tidak, mungkin Along pun mungkin boleh jadi mangsa, Nauzubillah.

Sekang pulak, kita akan melihat orang-orang yang memegang tanggungjawab dan amanah yang diberikan akan menuding jari antara satu sama lain. Semua nak lepas tangan. Pelbagai sandiwara akan berlaku. Sudahnya, yang patut bertanggungjawab terlepas mcm tu jer.

Sorry to say, dalam construction sekang, dah tak banyak kontraktor yang benar-benar boleh buat keje, dapat projek. Sebaliknya, orang-orang yang terlibat dengan politik, yang ada kuasa, yang ada kabel, yang boleh bagi donation, lebih banyak mendapat projek berbanding seorang yang benar-benar bergelar kontraktor. Ni lah hasilnya. Semoga Allah terus memberikan petunjuk kepada segala kekhilafan mereka ni semua.

Tuesday, June 2, 2009

Mafia Wars...

Emmmm, aku sekang ni leka sungguh dengan facebook. Disamping menjejaki kengkawan lama (ada yang tak jumpa sejak habis sekolah rendah lagi), sibuk jugak dengan game online dia. Apa lagi kalau bukan Mafia Wars. First time aku main game online. Syok la jugak. Tapi aku agak risau kalau aku sampai terleka. Hopefully, semuanya under control.

Monday, June 1, 2009

Happy Anniversary......

Hari ini dalam tahun 2004, aku dah bertukar status dari seorang bujang kepada seorang suami kepada Noraini Binti Abu Bakar. Hasil perkongsian hidup selama 5 tahun, kami dikurniakan 3 orang cahaya mata yang comel-comel belaka. Selama 5 tahun ni juga, bermacam-macam dugaan dan cabaran yang kami lalui sebagai pasangan suami isteri. Bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit. Namun semua cabaran dan dugaan itu kami tempuhi bersama dengan tenang. Tiada masalah yang tiada jalan penyelesaiannya. Semoga perkahwinan ini kekal abadi, selama-lamanya. Amin.

Happy Birthday Aliff Iskandar


Mandi kolam keesokan harinya....


Potong besday kek dengan Pok Teh


Stand by dah nak potong kek


Kek selepas boh lilin



Kek lepas amik dari bakery.




Happy Birthday to my lovely son, Aliff Iskandar. Semoga membesar sebagai anak yang soleh, yang patuh dan taat pada ayah dan mama, menjadi muslim yang sesempurna mungkin, menjadi ketua yang amanah dan segalanya yang baik. Ayah dan mama sentiasa ada untuk membimbing anak-anak sebaik yang mungkin.

Friday, May 29, 2009

MU 0 - 2 Barca

Kalah la pulak Final Champion League. Takde mood langsung nak buat statement. Korang baca jer la kat paper. Hampeh.

Tuesday, May 26, 2009

Kemelut di Perak

Aku sebenarnya tak suka langsung berbicara pasal politik. Bagi aku, politik kat sini terlalu kotor. Semua orang nak berkuasa. Semua orang gila kuasa. Dengan harapan, dengan kuasa yang diorang ada tue, diaorang boleh salahgunakan sesuka hati. Boleh rembat duit kerajaan yang sumbernya adalah dari rakyat yang membayar cukai, untuk mengayakan kaum kerabat sendiri, orang yang boleh membantu dari segi kewangan untuk tujuan politik diorang, what the hell is that.

Jawatan bagi diorang adalah satu kebanggaan, bukan lagi satu amanah, tanggungjawab yang amat berat untuk dipikul, kepercayaan yang diberikan oleh rakyat. Aku sampai dah bosan dengan kemelut politik kat Perak yang tak nampak kesudahannya. Seolah-olah semua orang yang kononnya bijak pandai, tak tau menggunakan saluran yang betul untuk menyelesaikan masalah. Atau semuanya buat-buat bodoh demi untuk berkuasa kat Perak. Bagi aku, kalau semua orang back to the basic, takkan ada masalah yang tak dapat diselesaikan. Penyelesaian sentiasa ada, cuma terpulang kepada kita bagaimana jalan yang hendak kita pilih.

Monday, May 25, 2009

Majlis di Jelebu....

Malam sebelum nikah. Muka jer confident, tapi gabra tak hengat punya. Rumah Lily pun dah tak ingat. Huhuhuhu.

Bersama adik beradik yang memakai uniform.


Bersiap sedia untuk makan berdamai.


Kat hotel sebelum bertolak ke dewan tempat berlangsungnya persandingan pasangan mempelai. Rasanya, hampir semua dah ada kecuali pengambil gambar, EG.


Adik-beradik yang memakai uniform bergambar dengan Ayah dan Mama sebelum berangkat ke dewan


Masa nak lafaz Ijab dan Kabul. Gambar dah berterabur. Janji yang tengok boleh faham. Gambar sampingan akan diupload kemudian kalau aku rajin. Hehehe.

Friday, May 22, 2009

Hanafi Nikah...

Takde benda nak update. Cuma malam ni Hanafi akan menamatkan zaman bujangnya dengan Lili. So, hari ni aku half day. Petang kang, lepas Jumaat dah nak gerak ke Jelebu. Location langsung tak tau. Mana nak tuju pun tak tau. Redah jer la kot. Tak jumpa kang, call jer la saper2. Haru tol la.

Semoga majlis malam ni berjalan dengan lancar dan selamat. Semoga adik aku ni menjadi seorang suami yang baik, seorang ketua keluarga yang dihormati, bukan dikeji atau dikutuk. Ingat, tanggungjawab ketua keluarga bukannya mudah. Berat, teramat berat. Tapi ianya akan menjadi mudah kalau mendapat sokongan dan dorongan dari si isteri. Apa yang penting, kerjasama. Jangan jadi wonder pets, sudah ler. Apa aku merapu nie. Hahahaha.....

Ok la. Nak kemas. Nak balik solat jumaat. Wassalam.....

Tuesday, May 19, 2009

Entah la....

Entah kenapa, aku rasa takde mood sangat hari nie. Down sungguh aku rasa. Harap2 aku kuat untuk meneruskan perjalanan yang masih jauh ini.

Friday, May 15, 2009

Layout...

Hehehe. Dah baper kali tukar gambar dah nie. Macam tak cantik jer. Saper nak komen?

Thursday, May 14, 2009

MU 2 - 1 Wigan

Semalam tengok bola lagi. Game dah la start kol 2.55am, amat membosankan pulak tue. Nasib baik tak tertido. Wigan main dengan penuh semangat. Mendahului pada first half. Mu aku tengok, main macam tak semangat jer. Simpan tenaga kot. Yang penting, 3 points. Next game lawan Gunners. Memerlukan satu mata jer lagi untuk bergelar juara EPL buat kali ke-18. Tak dapat lawan Gunners, amik masa lawan Hull. Hehehe.

Kaki Pening.....

Hahaha. Aku baru taip tajuk pun dah gelak. Mesti korang yang membaca tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan kaki pening. Actually, aku pun tak tau penyakit apa kaki pening nie. Hanya sorang jer yang tau, Aliff Iskandar. Yang jadi mangsa, mama dia. Kadang2, tengah malam pun menjerit kaki pening. Kalau terlebih main pun kaki pening. Bila kaki pening, nak sapu minyak angin warna purple. Kadang-kadang, sampai 3 kali kaki pening dalam satu malam. Lawak pun ada kadang-kadang. Geram pun ada. Kelakar bila dia membebel, ishhhhh, kaki ni pening lagi. Hahahaha. Anak sulong ayah. Anak-anak, selalu buat suasana keluarga happy. Tapi bila meragam, tension jer rasa. Tapi so far, I'm really happy with my lovely family.

Tuesday, May 12, 2009

I Don't Know Why.....

Hehehe. Mesti suspend jer kan baca tajuk. Actually, it's all about bayar tol gi keje. Aku pun tak tau, naper aku berkira giler nak bayar tol gi keje. Selalu rasa, jauh gi keje takper, as long tak perlu bayar tol. Macam opis sekang, kalau ikut hiway, tol return dah jadi rm3.60. Kalau sebulan, dah jadi dekat seratus.

So, aku decide untuk naik motor jer gi keje. Jauh giler siut. 37km tu, macam dari Kg Jawa balik Chemplak, pun lebih lagi. Sakit bontot bila sampai opis (tapi bila balik, tak rasa sakit lak). Minyak motor pulak, tiap2 hari kena isi. Paling lama pun, tahan la 2 hari. Aduyaiiii. Ni semua gara2 taknak bayar tol.

Depa ni semua, hanya tau naikkan kadar tol every 3 years as per agreement. Takleh nak tolerate langsung. Tak study ker, bilangan pengguna pun bertambah every years. Government pulak, terpaksa bayar subsidi kat konsesi kalau nak void toll hiking yang mana, pastinya sebahagiannya masuk ke poket somebody. Yang susah, rakyat. Malas la nak cakap pasal benda nie. Hari ni umum untung berbilion, esok umukan nak naikkan tol. Bodoh nak mampos. Hahahaha. Sabar jer la....

Thursday, May 7, 2009

Man Utd vs Barcelona

Salam kembali. Hari ni nak cerita kehebatan MU dalam EPL dan UCL. Semalam, MU mara ke final selepas membelasah Arsenal 3-1 dan menjadikan MU mara dengan agregat 4-1. Final UCL nanti kat Rome dan lawannya adalah Barcelona. Kuat gak team nie. Tapi kalau berdasarkan prestasi semasa, harap2 takde masalah nak menang UCL lagi tahun nie. Nampak gayanya, tahun ni layan final UCL kat Maju Ahmad lagi la jawabnya. Sejuk woooo naik motor kol 2.30 pagi. Hahahaha. Ni la penangan bola.

EPL lak, tinggal 4 game jer lagi. MU perlu menang 2 game dan seri sekali dah cukup untuk mengekalkan EPL buat kali ketiga berturut-turut kat Old Trafford. Hopefully takde masalah. Masalah kecederaan pun takde buat masa nie. Kalau semua boleh perform macam biasa, aku boleh gerenti la 2 piala ni dapat kat MU. Tapi bola tu bulat and anything can happen.

Bercakap pasal bola, sekang balik keje, hampir setiap hari gi main bola. Nak dapat angin balik, dan yang paling penting, nak mengurangkan berat badan yang tanpa segan silu bertambah. Susah bila dah gemuk. Movement jadi slow, nak semayang pun susah. So, beringat la sebelum terlambat. Hehehe.

Sekian untuk posting yang ini....

Tuesday, April 28, 2009

Anak-anakku.....










Cuba teka, yang mana satu Aliff, Adi dengan Sarah?

Camry vs Perdana

Perak ni memang banyak kes la. Samdol tol. Aku tak faham kenapa Camry tu perlu ditender. Saje jer nak perabis duit rakyat. Cuba guna duit korang. Korang akan buat tak seperti apa yang korang buat sekarang. Banyak la alasan bangang yang keluar. Pakai jer la keter yang dah ada tue. Entah apa-apa la perangai orang politik nie. Suka menyusahkan benda yang senang. Kaki ampu memang kuat. Aku memang takleh gi la dgn org politik nie. Semua byk topeng.

Monday, April 27, 2009

MU 5 - 2 Spurs

Sabtu malam ahad yang lepas, MU lawan Spurs. Aku layan kat Maju Ahmad dengan geng2 fanatik MU. Seriau darah aku. First half MU dah kena titik 2-0. Mati aku cakap. Mampus kena kutuk dengan Liverpool fans. Nasir dah frust. Dah la baru balik tengok Piala FA. Dah teruk kena kutuk Kelantan kalah dengan Selangor. Ni lak, MU kena. Lagi haru nie. Nasib baik second half MU bangkit semula. Score 5 bijik dalam masa 22 minit. Gol2 dijaringkan oleh Rooney, Ronaldo dengan Berbatov. Viva MU.

Saturday, April 25, 2009

Jimat atau Kedekut

Emmmm, tiba-tiba aku terasa mcm nak menulis lak pagi nie. Topiknya jimat atau kedekut. Aku rasa, aku seorang yang penjimat. Tapi orang lain mentafsir aku sebagai kedekut. Yang mana satu yang betul? Whatever la. Tapi secara peribadi, aku mempunyai impian dan harapan yang cukup tinggi. Yang paling penting, kalau ditakdirkan aku dah takde, wife dan anak2 dah ada tempat tinggal yang selesa, keter yang selesa dan simpanan yang boleh digunakan. Alhamdulillah, setakat ni rasanya aku dah mencapai sebahagian besar impian aku. Rumah dah ada, family yang bahagia dah ada, keter dah ada. Insya-Allah, hujung tahun ni, satu lagi impian aku akan tercapai. Semoga Allah permudahkan urusan aku. Lepas ni, aku dah malas nak simpan duit lagi. Aku nak enjoy duit gaji aku. Tapi semua ni tak dapat dicapai dengan mudah. Banyak dugaan yang aku lalui dan banyak perkara yang aku korbankan. Biarlah ia menjadi kenangan aku sebagai seorang pejuang.

Tuesday, April 21, 2009

Happy Birthday to Adi Iskandar

Selamat Hari Jadi...
Selamat Hari Jadi...
Selamat Hari Jadi to Adi Iskandar...
Selamat Hari Jadi...

Hari ni genaplah umur Adi Iskandar yang ke-2. Ayah tak tau nak belikan mainan apa untuk Adi. Nanti ayah fikirkan. Semalam Abang Aliff ada minta kek strawberry. Biasa-biasanya, kek ni memang tugas mama dia la yang membeli. Semalam Adi demam. Anak2 ayah ni, yang ayah perasan, kalau tambah umur, mesti demam. Kenapa eh?

Monday, April 20, 2009

Punah Harapan

Menyirap tol aku tengok game semalam. Konon nak bolot 5 piala. Tapi turunkan player yang entah apa-apa la. Mangkuk tol Alex Ferguson nie. Kan dah kalah. Walaupun player muda menunjukkan komitmen yang amat baik, tapi tak mencukupi untuk bermain at that level. Sekang tinggal lagi 2 piala. Harap2 takde yang tercicir lagi. Kalau tidak, sakit telinga woooo....

Saturday, April 18, 2009

Akhirnya.....

Salam semua...

Akhirnya.... Aku berjaya juga menyet-up blog aku. Selepas posting ini, entah bila la pulak aku nak post lagi. Actually, tujuan aku menulis blog ni adalah untuk melepaskan geram, merapu, meluahkan perasaan, bergosip dan sebagainya. Aku pun bukan la jenis yang rajin menulis, tapi aku akan cuba untuk menulis. Yang pasti, blog ini juga adalah untuk peminat-peminat Manchester United.